Asuh

10 Teknik Ajar Anak Suka Baca Buku Tanpa Perlu Dipaksa, Berkesan!

15
SHARES

Seperti mana kita tahu, amalan membaca buku perlu diterapkan dalam diri anak sejak kecil lagi namun, mereka sekarang lebih terdedah dengan telefon pintar kerana beranggapan itu lebih menyeronokkan berbanding membaca.

Sebagai ibu bapa sudah tentunya mahukan yang terbaik untuk anak sehingga perlu memaksa mereka membaca buku. Walau bagaimanapun, tindakan itu salah kerana anak-anak tidak suka dipaksa. Jadi, berikut kami kongsikan penulisan Dr Farhuda Zulaikha 10 teknik ajar anak suka baca buku tanpa perlu dipaksa. Memang berkesan!

10 TEKNIK AJAR ANAK SUKA BACA BUKU TANPA PERLU DIPAKSA

1. MULAKAN DARI KECIL 

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kenalkan anak-anak kepada buku seawal usia. Cukup sekadar dengan buku aktiviti atau buku yang penuh ilustrasi ketika anak-anak masih belum pandai membaca. Ibu ayahlah yang seharusnya memainkan peranan penting untuk meluangkan masa dengan anak-anak sambil membelek/menggunakan buku yang telah dibeli.

Saya percaya ada ibu ayah yang telah pun mula memperkenalkan flashcard seawal usia bayi. Ini juga salah satu stimulasi awal pengenalan kepada pembacaan. Rutin bedtime story juga adalah salah satu cara terbaik untuk menitipkan minat membaca kepada anak-anak sejak kecil.

2. AJARKAN ANAK MULA MEMBACA SESUAI DENGAN UMURNYA 

Saya memilih untuk perkenalkan anak dengan huruf kepada anak ketika usia 5 tahun dan lebih serius mengajar membaca pada usia 6 tahun. Kami cuba meletakkan sasaran mereka boleh membaca sekurang-kurangnya sebelum masuk ke darjah 1. Ya, betul mereka akan belajar di sekolah nanti, namun tidak salahkan sebagai ibu ayah kita juga mainkan peranan sebagai guru di rumah.

Jika zaman kita dahulu, expectation untuk anak-anak membaca adalah setelah menjejakkan kaki ke alam sekolah rendah, kini telah berubah kepada yang lebih awal. Mana tidaknya, kemajuan pendidikan dan bahan bacaan yang lebih mudah untuk diperoleh pada masa kita sangat jauh melangkaui sempadan masa. Jadi manfaatkan sumber bacaan yang ada. Kita juga dapat memudahkan para guru di awal sesi persekolahan kelak.

3. BELIKAN BAHAN BACAAN YANG SESUAI 

Terdapat pelbagai bahan bacaan yang kini ada di pasaran. Ada yang berbentuk fizikal, ada juga yang berbentuk digital (e-book).
Ibu ayah harus memainkan peranan yang penting untuk menentukan genre bacaan bagaimana yang sesuai dengan anak. Ia bergantung kepada umur anak.

Saya sarankan untuk ibu ayah ambil peluang dan belek sendiri kandungan buku di kedai sekiranya ia buku fizikal dan lakukan research secara mendalam jika ia merupakan buku yang dijual secara atas talian amhupun e-book.

Ambil maklum perkongsian dan pendapat oleh orang yang pernah membeli buku tersebut. Cara cerita disampaikan, penggunaan bahasa, penggunaan gambar, kandungan dan pengajaran juga harus diambil kira.

4. BAWA MEREKA SELALU KE KEDAI BUKU 

Cuba bawa anak-anak sekurang-kurangnya sekali sebulan untuk ke kedai buku. Sambil ke shopping mall, tarik tangan mereka dan bawalah mereka menelusuri rak-rak buku yang penuh kemas dan tersusun itu. Kenslksn kepada mereka betapa banyaknya pilihan bacaan yang ada.

5. BERIKAN MEREKA PELUANG UNTUK MEMILIH BUKU SENDIRI

Setelah dibawa ke kedai buku, beri peluang kepada anak-anak untuk memilih buku sendiri. Namun haruslah dengan pantauan ibu ayah supaya kandungan buku itu dipastikan sesuai dengan usia mereka.

Jika kita merasakan ada buku lain yang lebih sesuai dan menarik buat mereka namun mereka berkeras mahukan buku pilihan mereka, raikan sahaja. Daripada beli satu, beli sahaja kedua-duanya sekali. Bukankah menggembirakan hati anak juga salah satu perkara yang baik.

6. JADIKAN BUKU SEBAGAI REWARD JIKA MEREKA BERJAYA MELAKUKAN SESUATU 

Selain jadikan rutin sebulan sekali ke kedai buku, ibu ayah juga boleh menggunakan buku sebagai reward setiap kali mereka berjaya melakukan sesuatu. Kami mula menggunakan konsep satu hafazan surah, satu buku baru sejak mereka kecil. Selain dapat menyemai sikap suka membaca, sistem reward begini juga dapat boost semangat mereka untuk terus menghafal surah.

Dapat markah yang baik, satu buku. Berjaya puasa penuh, satu buku. Konsisten solat lima waktu, satu buku. Atau terpulang kepada cabaran dan tanggungjawab baru yang kalian ingin perkenalkan kepada mereka. Cuba jadikan buku sebagai ganjaran baru selain daripada mainan.

Ingat, kami taklah rigid sangat sampai semuanya berkaitan dengan buku sahaja. Sistem reward kami buat mereka banyak jenis dan ia termasuklah buku, peluang untuk memilih channel tv/ movie, mainan, tempat berjalan dan tak kurang juga dengan sticker yang hanya ditampal di dalam jadual harian mereka.

7. SEDIAKAN RUANG KHAS UNTUK SIMPANAN BUKU 

Buku-buku yang dibeli harus disimpan dan dijaga sebaiknya. Didik mereka bahawa buku itu berharga dan betapa banyak buku yang telah mereka baca ( bagi menaikkan semangat untuk terus membaca ).Jika mampu sediakan bilik atau ruang khas untuk membaca adalah lebih bagus. Jika tidak, cukup sekadar sebuah rak buku yang khas menempatkan koleksi buku mereka.

8. IBU AYAH CONTOH TERBAIK 

Untuk menerapkan anak-anak minat membaca, ibu atau ayah yang terlebih dahulu perlu tunjukkan minat terhadap membaca. Jika bawa mereka ke kedai buku, belikan juga kalian buku untuk dibaca. Ajak mereka duduk sekali untuk sesi membaca buku. Susun juga buku kalian di rak buku atau ruang khas untuk membuktikan kalian juga pencinta buku.

Boleh juga galakkan anak-anak untuk membawa sekurang-kurangnya satu buku ketika balik kampung. Ibu boleh baca dalam kereta dana anak juga akan follow begitu sahaja.

9. KONGSI BAHAN BACAAN IBU AYAH 

Kalian jangan tak tahu, ada banyak buku yang sesuai dijadikan bahan bacaan ibu ayah dan anak-anak. Contohnya buku parenting, buku kisah nabi dan para sahabat, ensiklopedia dan sebagainya.

Antara buku parenting yang anak-anak saya juga turut suka membacanya adalah buku karangan Adlil Rajiah , seorang influencer dalam bidang parenting. Ini kerana banyak jalan cerita yang menarik, kisah-kisah ringkas beliau bersama anaknya juga gambar-gambar aktiviti yang beliau lakukan dengan anak beliau.

Raudhah cukup suka membaca buku karangan beliau malah siap meletakkannya di rak buku miliknya bukan di rak buku saya. Antara contoh lain buku yang boleh saya, suami dan anak-anak baca adalah kesemua Siri Teroka Sains . Ia berbentuk ensiklopedia. Banyak ilmu baru dan menarik untuk ibu ayah dan anak-anak tahu.

10. BELIKAN BUKU SECARA ATAS TALIAN DAN POSKAN KE RUMAH ATAS NAMA MEREKA

Selain membawa mereka ke kedai buku, sekali sekala belilah buku secara atas talian dan pos kan atas nama anak-anak. Pasti mereka melompat kegembiraan dan tidak sabar-sabar untukmembuka parcel yang mereka terima.

Betapa ramai sebenarnya kawan-kawan saya yang beli buku Teroka Sains dan meletakkan nama anak-anak mereka sebagai penerima parcel.

Semoga bermanfaat buat anak-anak dan selamat mencuba.

Sumber: Facebook Dr Farhuda Zulaikha

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×