DIY & Kraf

Guna 1 Bahan Rahsia Ini Untuk Toilet Kekal Berkilat, Tak Payah Guna Pencuci Tandas Pun!

10
SHARES
PENCUCI TANDAS

Menerusi perkongsian milik Jono Foods_Culinary di laman Facebooknya, terdapat satu cara membersihkan bilik mandi tanpa menggunakan pencuci tandas.

Jelasnya, cara ini tidak ramai yang tahu tetapi ia sangat berguna kerana hanya menggunakan 1 bahan rahsia sahaja. Bahan tersebut sudah tentunya ada di rumah. 

Baca juga: Cara Buat Pewangi Rumah Guna Cuka & Bahan Lain, Bau Harum Semerbak!

TAK PERLU GUNA PENCUCI TANDAS, HANYA 1 BAHAN DAH CUKUP

PENCUCI TANDAS

Tahukah anda, garam boleh digunakan untuk membersihkan tandas? Sekiranya semua cara sudah digunakan tetapi tandas masih kotor, berbau dan tersumbat, cuba guna kaedah seperti ini.

1. Taburkan garam ke dalam mangkuk tandas dan dinding bilik mandi.

2. Biarkan selama 3 jam dan cuci sehingga bersih.

Dengan cara ini, kesan kuning, karat dan bau busuk di dalam bilik mandi atau tandas akan hilang secara serta merta.

Selain itu, garam juga boleh digunakan untuk mengelakkan tandas daripada tersumbat.

Cara-caranya:

1. Tabur satu sudu garam ke dalam mangkuk tandas.

2. Kemudian, tuang air panas dan biarkan selama 15 minit.

Untuk kesan lebih baik, anda boleh mencuba memanaskan cuku putih dengan satu liter air. Tuangkan cecair ke dalam mangkuk tandas dan biarkan selamat 30 minit sebelum flush.

Mudah kan? Tak perlu guna sabun pencuci, tandas kembali wangi dan seperti baharu.

Selamat mencuba!

Baca juga: Bukan Sahaja Wangi Tapi Lemon Dan Garam Boleh Jadi Terapi Minda Bila Di Rumah

Sumber: Facebook Jono Foods_Culinary

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×