DIY & Kraf

Bukan Sahaja Wangi Tapi Lemon Dan Garam Boleh Jadi Terapi Minda Bila Di Rumah

21
SHARES
PEWANGI LEMON DAN GARAM

Pewangi lemon dan garam bukan sahaja berfungsi untuk mengharumkan rumah tetapi ia juga boleh dijadikan terapi kesihatan seperti perkongsian di bawah.

Lebih menarik lagi, tidak memerlukan bahan yang banyak dan cara penyediaannya juga sangat mudah. Pewangi lemon dan garam boleh diletakkan di setiap sudut rumah.

Baca juga: Cara DIY Pewangi Tandas Bau Kayangan, Tak Sangka Memang Harum Baunya

PEWANGI LEMON DAN GARAM UNTUK RUMAH, NYAMAN JE

PEWANGI LEMON DAN GARAM

Lemon bukan sahaja elok untuk dibuat minuman tetapi jika kita amalkan selalu boleh bersihkan toksin dalam badan dan bagus untuk sistem pencernaan.

Selain itu, anda juga boleh cuba hirisan lemon dan taburkan sedikit garam untuk dijadikan pewangi di dalam rumah dan bilik. Bukan sahaja wangi, ia juga boleh dijadikan terapi dan banyak manfaat yang ramai tak tahu.

Antara manfaatnya adalah:

1. Lemon dan garam bila kita letak dalam bilik akan menyerap bau busuk dan segarkan udara yang masuk.

2. Bila stress, bau lemon boleh membuatkan rasa tenang. Hal ini kerana lemon merupakan anti depression dan aromonya boleh meningkat hormon bahagia.

3. Seterusnya, gabungan lemon dan garam ini boleh meningkatkan tahap fokus dan memberi semangat positif untuk memulakan hari anda.

4. Akhir sekali, masalah hidung tersumbat boleh disembuhkan dengan adanya hirisan lemon dan garam di dalam bilik. Esok pagi bangun pasti lega.

Cubalah buat! Mudah kan? Sebenarnya bukan sahaja elok untuk rumah dan bilik tetapi turut memberi manfaat kepada diri sendiri.

*Kalau letak dalam botol seperti gambar di atas, jangan lupa buka penutupnya ya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Buat Pewangi Rumah Guna Cuka & Bahan Lain, Bau Harum Semerbak!

Sumber: Facebook Suhaniza Isenen

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×