Siapa pernah cuba sup tepung ala Chinese style? Nampak sedap dan mudah sahaja nak buat seperti perkongsian Rozza Roha di laman Facebooknya.
Jelasnya, resepi sup tepung yang diajar oleh ibunya itu menjadi makanan kegemaran mereka adik beradik dan sedap dimakan untuk sarapan. Wah! Jom cuba.
Baca juga: Resepi Popia Coklat 3 Bahan, Confirm Bunyi Krup Krap Bila Makan. Tak Pandang Lain Dah!
SUP TEPUNG ALA-ALA ORANG CINA SELALU BUAT, SEDAP
Bahan-bahan tepung:
- Tepung gandum secukupnya
- Garam
- Minyak masak dan sedikit air
Cara penyediaan:
1. Campurkan semua bahan dan uli doh sehingga tidak melekat.
2. Bulat-bulatkan doh kepada beberapa biji kecil. Rehatkan selama 15 hingga 20 minit. Tutup bekas supaya tidak kering.
Bahan-bahan sup:
- Ikan bilis
- Bawang putih
- Sawi
- Sos tiram
- Garam
Cara penyediaan kuah sup:
1. Tumbuk ikan bilis dan bawang putih. Kemudian tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan sos tiram dan garam secukupnya. Boleh juga masukkan kiub pati ayam atau ikan bilis.
3. Tuang air ke dala periuk secukupnya.
4. Doh yang sudah dibulat-bulatkan tadi, canai nipis dan masukkan ke dalam kuah sup.
5. Pastikan api kecil agar tepung masak.
6. Canai setiap doh sehingga siap dan masukkan sayur sawi.
7. Kacau-kacau dan tutup api.
Untuk sos merah:
1. Guna cili kisar 3 sudu besar dan bawang putih cincang seulas.
2. Tambahkan garam, perasa dan cuka makanan secukupnya.
3. Gaul sehingga sebati.
Sedia untuk dihidangkan sup tepung bersama sos cili pedas. Tak perlu nasi, makan macam ini pun dah sedap!
Selamat mencuba!
Baca juga: Ibu Kongsi Cara Buat Meal Prep Untuk Seminggu/Sebulan, Jimat Masa & Boleh Terus Masak
Sumber: Rozza Roha