Jangan stres-stres kalau ada kesan gam sticker di dinding dan cermin rumah kerana terdapat beberapa cara hilangkan kesan sticker dengan mudah.
Hanya menggunakan alatan yang ada di rumah, dinding dan cermin pasti kelihatan baru seperti beli di kedai. Tak percaya? Cubalah!
Baca juga: “Eee Gelinya Dengan Cicak Ni!”- Jangan Risau, Guna 13 Cara Hapuskannya, Menjadi!
CARA HILANGKAN KESAN STICKER DI DINDING & CERMIN, MUDAH JE
1. Guna nail polish remover
Jika anda mempunyai nail polish remover di rumah, ia sangat berguna untuk menghilangkan kesan gam pelekat di dinding. Caranya adalah ambil kapas bersih atau tuala, kemudian letakkan sedikit penanggal pengilat kuku dan gosok di dinding.
Cara ini juga boleh menghilangkan kesan calar di lantai. Memamg berguna dan berkesan.
2. Guna pengering rambut
Pengering rambut juga merupakan antara cara hilangkan kesan sticker di dinding. Gunakan pengering rambut dengan pilihan haba tertinggi untuk memanaskan gam dengan jarak enam inci dari dinding.
Ini akan membuatkan gam sticker cair dan lebih mudah untuk mengikisnya tanpa perlu merosakkan dinding. Mudah kan?
3. Cara hilangkan kesan sticker guna air sabun
Umum mengetahui, air sabun boleh menghilangkan kesan sticker di dinding atau lantai. Caranya adalah:
- 1/2 cawan sabun pencuci pinggan cecair
- 1/2 cawan air paip suam
Campurkan bahan di atas kemudian masukkan ke dalam botol penyembur. Sembur di tempat yang ingin dicuci. Gunakan kain bersih untuk menyental sehingga bersih.
4. Guna minyak zaitun
Cara paling mudah hilangkan kesan sticker adalah dengan menggunakan minyak zaitun. Tuangkan sedikit minyak di kain bersih, biarkan minyak meresap di kesan gam sekurang-kurangnya 20 minit sebelum mengelap. Ulangi proses ini sehingga bersih.
5. Guna cuka
Buat anda yang belum tahu, cuka juga boleh digunakan untuk menghilangkan kesan gam sticker yang degil di dinding. Cara-caranya:
- Cuka putih
- Air
- Kuali sederhana
- Kain
– Panaskan cuka ke dalam kualia sehingga suam dan ambil kain bersih celupkan sedikit ke dalam cuka suam.
– Lap dinding menggunakan kain lembap tadi sehingga bersih.
Mudah kan? Bukan sahaja untuk di dinding, di cermin kereta dan rumah pun boleh.
Selamat mencuba!
Baca juga: Tak Sangka 7 Bahan Makanan Ini Ada Banyak Kegunaan, Boleh Cuci Peralatan Rumah!
Sumber: Tips Bulletin