Dapur

Edisi Khas Raya Resipi Kuih Tiram & Tips Buat Bunganya Kembang Elok!

50
SHARES
kuih raya tradisional

Kuih tiram merupakan salah satu kuih raya tradisional masyarakat Melayu yang mudah diperolehi, apabila menjelangnya bulan Syawal. Namun, ada sesetengah orang berpendapat membuat kuih tiram ini agak leceh kerana sukar untuk mengembangkan bunganya. Jangan risau, Cheteq Faeazah ada berkongsikan tipsnya!

Baca juga: Cara Mudah Buat KERISIK KELAPA Tahan Lama, ‘Stand-by’ Untuk Masak Raya!

KUIH RAYA TRADISIONAL KUIH TIRAM

kuih raya tradisional

Gambar: Cheteq Faeazah

Sebelum itu, kalau pembaca nak tahu kuih tiram dikenali dengan pelbagai nama. Antaranya adalah kuih selayang, kerepek layang, kuih kertas, kuih lidah kucing, kuih lidah buaya dan kuih kapal terbang.

Selain itu, ia mudah dihidangkan kerana mampu tahan lama dan terdapat di dalam pek jualan. Kuih tiram juga sesuai untuk dijadikan sebagai makanan petang kerana bentuknya yang mudah dihidangkan dan rasanya enak dijamu bersama minuman panas.

Baca juga: 30 Biskut Raya Wajib Ada Masa Raya, Boleh Rambang Mata Semuanya ‘Favourite’!

RESEPI KUIH TIRAM

Pagi ini saja saya nak kongsi buat kuih tiram ini, sebab ramai kata nak buat kuih ini leceh nak bagi bunga dia kembang. Alhamdulillah, berapa kali eksperimen saya dapat jawapan.

Tips bunga kuih tiram kembang:

Tipsnya senang saja. Sapuan tepung jagung + minyak itu kena betul-betul pekat macam ubat gigi. Waktu goreng campak saja tak payah buat apa, cuma balik-balikkan saja nanti hangit.

Bawah ini saya kongsikan resepinya. Adunan 1 kg saya buat saiz mini, dapat 30 biji 1 balang. Jadi, jumlahnya saya dapat 5 balang.

kuih raya tradisional

Gambar: Cheteq Faeazah

Bahan pes tepung jagung:

  1. Buat sehingga pes pekat macam ubat gigi.

Resepi adunan kuih tiram

  • 1kg tepung gandum
  • 3 sudu makan gula
  • 1 sudu makan garam
  • 3 sudu makan minyak masak
  • 400 ml air
  1. Campurkan semua bahan dan pastikan air secukupnya agar adunan tak terlalu lembik atau keras sangat, kena uli lama bagi lembut.
  2. Uli sehingga licin.
  3. Kemudian, bulat-bulatkan.
  4. Canaikn nipis-nipis dan sapu pes tepung jagung.
  5. Potong dalam 2cm dan canaikn memanjang nipis sama panjang sampai habis.

Baca juga: Tips Biskut Raya CALLEBAUT ALMOND Rangup Sampai Ke Dalam, Suhu Kena Rendah Dan…

Bahan taburan gula kuih tiram:

  • Gula 1/2 cawan
  • Nestum 300 gm (guna nestum bakery/lotus pun sedap)
  • Susu tepung full cream 1 cawan
  1. Bahan taburan gula dikisar halus ya.

Cara menggoreng kuih tiram:

  1. Panaskan minyak, biasa saya letak 1kg minyak dalam kuali.
  2. Masukkan satu satu dan tunggu tepung naik kejap baru balik-balikkan.
  3. Dah kelihatan kuning-kuning, boleh diangkat dan toskan minyak.
  4. Apabila dah sejuk tabur gula seperti dalam gambar.

Semoga bermanfaat.

Baca juga: Resepi KUIH LIMAS Asli Perak Yang Seakan Tepung Pelita, Beza Terletak Pada Tepungnya!

Sumber: Cheteq Faeazah

FT Image: Cheteq Faeazah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×