Dapur

[VIDEO] Cara Anyam Ketupat Palas Versi Pantai Timur & Utara Bersama 2 Resepi Ketupat!

48
SHARES
cara anyam ketupat

Tinggal beberapa hari sahaja lagi, kita akan meraikan bulan Syawal dan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maka, tidak lengkap rasanya apabila perayaan ini tidak mempunyai pelbagai juadah raya, diantaranya adalah ketupat. Oleh itu, kali ini penulis bawakan cara anyam ketupat palas bersama dua resipinya.

Ini merupakan perkongsian bermanfaat dari Puan Rusmani Hamzah kepada orang ramai, terutamanya untuk mempelajari teknik menganyam ketupat palas yang semakin ditelan zaman ini. Jom belajar menganyam!

Baca juga: Petua Hilang Bau Hancing Ikan Pari, Rendam Dalam 2 ‘Air Putih’ Ini Baru Menjadi!

CARA ANYAM KETUPAT PALAS VERSI PANTAI TIMUR & UTARA

cara anyam ketupat

Raya dah nak dekat. Jom kita pakat buat ketupat palas. Puan Rusmani ada ajar tutorial cara macam mana nak menganyam ketupat palas versi pantai timur dan versi utara.

Puan Rusmani juga ada menerangkan satu persatu resipinya. Kalau nak belajar tutorial mengayam ketulat palas tu boleh tengok video di bawah ini bersama resipi.

CARA ANYAM KETUPAT PALAS VERSI PANTAI TIMUR

PART 1

PART 2

CARA ANYAM KETUPAT PALAS VERSI UTARA

RESEPI KETUPAT LEMAK

cara anyam ketupat

BAHAN-BAHAN:

  • Daun palas
  • 1 kg beras pulut 
  • 400 ml santan pekat
  • 1½ sudu besar garam halus
  • 1 sudu besar gula

*Beras pulut dibasuh dan rendam selama 1½ jam atau 2 jam.

*Campurkan garam dan gula dalam santan, kacau sebati dan ketepikan.

CARA-CARANYA:

1. Toskan beras pulut.

2. Sebelum kukus pastikan pengukus dilapik dengan jaring. Bila masukkan beras pulut, buat lubang ditengah-tengah beras untuk wap naik dalam pulut.

3. Masak air untuk mengukus hingga mendidih. Kukus pulut kali pertama selama 40 minit.

4. Setelah selesai mengukus, tuang ia ke dalam besen. Pulut yang masih panas boleh masukkan santan. Gaul hingga sebati dan makan masa lebih kurang 3 minit. Rehat dalam 5 minit untuk santan meresap dalam pulut.

5. Kukus pula untuk kali kedua selama 20 minit.

6. Tuang pulut dalam besen dan digaul rata selama 3 minit. Tunggu pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam baru boleh bungkus dengan daun palas.

7. Lepas ia siap dibungkus boleh difrozenkan atau pun nak kukus terus untuk dimakan.

RESEPI KETUPAT SERUNDING

cara anyam ketupat

BAHAN-BAHAN:

  • Daun palas
  • Serunding daging
  • 1 kg beras pulut       
  • 400 ml santan pekat
  • 1½ sudu besar garam halus
  • 200 gram gula

*Beras pulut dibasuh dan rendam selama 1½ jam atau 2 jam.

*Campurkan garam dengan santan, kacau sebati dan ketepikan.

CARA-CARANYA:

1. Ulang langkah 1 hingga 5 seperti di resepi ketupat lemak di atas.

2. Tuang pulut dalam besen. Pulut yang masih panas, masukkan gula dan gaul rata selama 3 minit. Tunggu pulut sejuk dalam 2 atau 3 jam baru boleh dibungkus bersama serunding.

3. Selepas siap dibungkus, boleh difrozenkan di dalam peti beku atau pun kukus terus untuk dimakan. Jika nak makan terus selepas ia dibungkus, kena kukus selama 20 minit.

Selamat mencuba!

Kredit: Rusmani Hamzah MAHN

Sumber: Siti Hailia via Resepi, Petua Dan Kelengkapan Dapur (RPKD)

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×