Dapur

Resepi Ketupat Kacang Macam Orang Utara, Lain Dari Yang Lain!

88
SHARES

“Rasalah ketupat ini dengan rendangnya sekali…”

Dah nak masuk bulan Ramadhan ni, banyak pula menu-menu yang biasanya setahun sekali dua kita buat telah pun muncul semula. Antaranya ialah ketupat yang mempunyai pelbagai jenis seperti ketupat palas dan ketupat nasi yang terkenal.

Namun, berbeza pula kali ini, sedikit unik berkenaan resepi ketupat iaitu resepi ketupat kacang yang dikongsikan oleh Puan Eira. Jom baca!

Baca juga: Resepi Rendang Tok Versi Tumis, Sedap & Lain Dari Yang Lain!

RESEPI KETUPAT KACANG MACAM ORANG UTARA, LAIN DARI YANG LAIN!

Lama tak menupat sejak jari kena penyakit trigger finger. Malam ni kita buat slow-slow dan steady.

2 kg beras pulut 1 jam 45 minit jugak nak siap pun. Syukur! Walaupun terasa kepedihannya di situ haha.

RESEPI KETUPAT KACANG CARA PUAN EIRA

  • Beras pulut susu 1 kg di rendam.
  • 700 gram santan fresh.
  • 300 gram kacang ketupat yang di rebus hingga hempuk.
  • Air 1 cawan 1/2.
  • Gula 3 sudu makan (rata).
  • Garam 1 sudu makan (rata).
  • Daun pandan

CARA-CARA PENYEDIAANNYA~

1. Masuk santan, air & daun pandan hingga mendidih.

2. Sesudah mendidih masuk kacang, gula & garam.

3. Sewaktu mendidih perlahankan api.

4. Dalam 5-10min santan mendidih boleh masukkan pulut.

5. Kacau sebati tanpa henti sehingga santan kering dan keluar minyak.

6. Siap sedia untuk di balut. Selamat mencuba!

RESEPI KETUPAT KACANG MENDAPAT PERHATIAN NETIZEN!

Menjengah di ruangan komen, rata-ratanya ramai netizen yang menggemari ketupat kacang ini dan khabarnya ketupat ini banyak dibuat di negeri-negeri utara dan pantai timur. Sehingga kini, resepi ketupat kacang telah mendapat sebanyak 621 perkongsian di laman Facebook.

Tibanya bulan Syawal nanti, bolehlah pula cuba resepi ketupat kacang. Mana tahu berkenan di hati. Selamat mencuba!

Sumber: Facebook Art Eira via Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×