Dapur

Step-By-Step Cara Anyam Ketupat Sate, Baru Power Macam Nenek!

53
SHARES

“Macam mana nak anyam ketupat ni. Susahnya!”

Menganyam ketupat bukanlah satu perkara mudah. Ia memerlukan kesabaran dan teknik yang betul untuk mendapat hasilkan yang cantik dan betul. Orang lama-lama memang power menganyam ketupat kerana itu merupakan aktiviti wajib pada malam raya bersama keluarga.

Kalau anda baru nak belajar, berikut merupakan step-by-step cara anyam ketupat sate hasil perkongsian Facebook Tajul Ariffin Norsadan. Jom kita tengok!

Baca juga: Resepi Nutella Cookies Boy Untuk Anak, Confirm Tak Cukup!

STEP-BY-STEP CARA ANYAM KETUPAT SATE, BARU POWER

Ibu menurunkan ilmu menganyam ketupat beberapa tahun lepas. Sejak dari itu, setiap tahun pasti kami akan menganyam ketupat. 

Menganyam ketupat bukanlah mudah. Tetapi tidak mustahil untuk dipelajari. Ketupat ada pelbagai jenis. Ada ketupat sate, ketupat bawang, ketupat pasar dan lain-lain lagi. 

Maka hari ini, aku akan tunjukkan langkah-langkah untuk menganyam ketupat yang paling mudah iaitu ketupat sate:

1. Gulungan pertama tangan kiri.

2. Gulungan kedua tangan kiri.

3. Gulungan ketiga tangan kiri.

4. Gulungan pertama tangan kanan.

5. Gulungan kedua tangan kanan.

6. Gulungan ketiga tangan kanan.

7. Cara memegang. Ada perbezaan gulungan tangan kanan dan tangan kiri. Perhatikan dengan teliti langkah-langkah di atas.

8. Gulungan tangan kiri sebagai dasar. Masukkan gulungan ketiga tangan kanan ke gulungan ketiga tangan kiri.

9. Anyam sampai ke hujung gulungan pertama tangan kiri.

10. Anyam gulungan pertama tangan kanan bertentangan gulungan kedua tangan kanan.

11. Akan jadi seperti ini.

12. Ambil hujung gulungan pertama tangan kanan.

13. Anyam sehingga bertemu gulungan pertama tangan kiri.

14. Pegang keseluruh anyam dengan tangan kanan. Lepaskan pegangan tangan kiri. Berhati-hati semasa membuat gerakan ini keranan anyaman masih mudah terlepas.

15. Ambil hujung gulungan pertama tangan kiri.

16. Anyam sampai bertemu hujung gulungan tangan kanan.

17. Temukan kedua-dua hujung gulungan pertama.

18. Tarik sedikit kedua dua hujung anyaman seperti ini.

19. Ketatkan anyaman tersebut. Siap!

Sumber: Facebook Tajul Ariffin Norsadan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×