Dapur

Resepi Nutella Cookies Boy Untuk Anak, Confirm Tak Cukup!

20
SHARES

Sambutan Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi. Antara persiapan penting perlu dilakukan sudah tentunya biskut raya. Ada yang mengambil keputusan untuk membeli dan ada juga yang membuatnya sendiri di rumah bersama anak atau adik-beradik.

Jadi, jika anda mahu mencuba satu resepi biskut raya mudah, apa kata cuba resepi biskut raya nutella cookies seperti perkongsian ibu bernama Julita Salleh di laman Facebooknya.

Baca juga: Resepi Crunchy Cornflakes Chip Simple, Mesti ‘Laku Keras’ Raya Nanti!

RESEPI NUTELLA COOKIES BOY UNTUK ANAK, CONFIRM TAK CUKUP

Nutella cookies boys ( favourite anak-anak). Kuih nak jamu kawan-kawan dan jiran di sini.

Bahan-bahan:

  • 250 butter
  • 2 telur kuning
  • 70g brown sugar
  • Garam secukuonya
  • 100g cornflakes chocolate ( coco crunch) (Kisar halus)
  • 20g cocoa powder
  • 3 sudu besar Nutella
  • 50g tepung jagung
  • 380 or 400g tepung gandum
  • MM chocolate untuk perhiasan
  • Putih telur ( untuk lekatkan MM sapu sikit pada MM chocolate)

Cara penyediaan: 

1. Butter, telur kuning, brown sugar, garam mix well( kacau sebati)

2. Tambahkan chocolate cornflakes, chocolate powder, nutella dan kacau sebati.

3. Tambah tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit.  Kemudian kacau sebati.

4. Deco MM chocolate dekat bahagian dan sapu sikit putih telur pad MM tu dan tekan pad cookies tu.

5. Jika tak ada acuan boy ni boleh buat bulat atau ikut suka korang la acuan apa pon. Satu rumah bau sedap cookies ni. Bakar pada suhu 170 selama 15 – 20 minit.

*Nampak sedap kan? Jom kita cuba buat!

Sumber: Facebook Julita Binti Salleh

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×