Dapur

Resepi Crunchy Cornflakes Chip Simple, Mesti ‘Laku Keras’ Raya Nanti!

46
SHARES

“Biskut raya apa nak buat tahun ni? Nak yang mudah sahaja…”

Itulah antara ungkapan sering bermain di mulut ibu-ibu apabila musim perayaan Aidilfitri akan tiba tidak lama lagi. Pasti antara aktiviti wajib dilakukan ialah membuat biskut raya bersama seisi keluarga meskipun hanya dalam kuantiti sedikit tetapi momen indah itu tidak dilupakan.

Jika anda inginkan mencuba resepi mudah, kali ini kami kongsikan perkongsian resepi crunchy cornflakes chip simple daripada Cik Dayang Zuhaila di laman Facebooknya dan mendapat sehingga 10,000 shares. Wah! Menarik kan? Jom tengok.

Baca juga: Resepi Biskut Semperit Raya. Ranggup Di Luar, Lembut Di Dalam!

RESEPI CRUNCHY CORNFLAKES CHIP, MESTI LAKU KERAS

Alhamdulillah. Resepi yang senang tapi super sedap. Tak payah guna mixer pon cek oii. Resepi simple sangat. Hampa guna senduk kacau kacau kacau bagi sebati. Pastu cubit-cubit pakai tangan boleh terus bakar. Senang yakmat. Cuti-cuti ni boleh ajak anak-anak buat. 

Bahan-bahan A:

  • 250g butter
  • 130g gula icing
  • 1/4 tsp garam halus
  • 1 tsp vanilla powder

Bahan-bahan B: 

  • 90g tepung jagung
  • 300g tepung gandum
  • 100g cornflakes (diramas)
  • 100g badam cincang
  • 100g coklat cip
  • 30g coklat rice

Cara-cara penyediaan:  

1. Satukan bahan A dan kacau sehingga sebati.

2. Masukkan kesemua bahan B dan gaul rata sehingga adunan sebati.

3. Kemudian sudukan atau boleh menggunakan tangan bulat-bulatkan dan susunkan di atas baking tray. Jarakkan kerana biskut akan mengembang.

4. Panaskan oven terlebih dahulu. Bakar pada suhu 150c selama 25 minit. Bergantung pada oven masing-masing.

Siap! Inilah hasilnya. Selamat mencuba! Mudah kan?

Sumber: Facebook Cik Dayang Zuhaila

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×