Dapur

Resepi KUIH BAKAR Pandan Comel Guna Acuan Muffin Je, Mudah Bawa Bekal Kecil Ke ‘Office’!

64
SHARES
resepi kuih bakar

Ini bukan kuih bakar kemboja yang biasa anda nikmati, tapi kali ini penulis hidangkan dengan resepi kuih bakar pandan berbentuk acuan muffin yang comel dan unik.

Idea kuih bakar comel ini telah dihasilkan oleh Puan Rahmah Rosmin dengan menukar bentuk rupa asalnya iaitu bunga kemboja. Namun, peminat kuih bakar kemboja tak perlu risau, kerana rasa kuih bakar yang terkenal dengan lemak manis ini masih dikekalkan keasliannya. Jom belajar buat!

Baca juga: Resepi MAGGI Goreng Thai Viral, Lebih Umami Rasanya Sebab Ramuan Ini!

RESEPI KUIH BAKAR PANDAN COMEL

resepi kuih bakar

Gambar: Rahmah Rosmin

Assalamualaikum semua, petang ini saya buat kuih bakar kiut (cute). Tak boleh panggil kuih bakar kemboja sebab tak bentuk bunga kemboja. Akak bakar dalam ketuhar (oven) guna acuan muffin saja.

Resipi kuih bakar pandan

  • 2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula pasir (resipi asal 1 cawan)
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 1/4 cawan santan
  • 1 cawan jus pandan
  • 3 biji telur
  • 2 sudu besar marjerin
  • Sedikit pewarna hijau
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Bijan secukupnya

Baca juga: Resepi Kulit TORTILLA Mudah 8.4K Perkongsian, Boleh Buat Bekal Suami!

Cara-cara penyediaan:

  1. Bancuh semua bahan di atas kecuali bijan.
  2. Kemudian, kisar bahan hingga halus.
  3. Sapu acuan dengan sedikit minyak.
  4. Panaskan sekejap acuan.
  5. Setelah itu, tuang adunan dan tabur bijan.
  6. Bakar suhu 180°C selama 30 min (bergantung pada oven masing-masing).

Hasilnya, saya dapat 40 biji kuih bakar comel.

Air tangan Rahmah Rosmin dan sumber YouTube Che Nom.

Baca juga: Rahsia PAU Kukus Jadi Putih Gebu & Bulat, Ini Pantang Larangnya!

Sumber: Rahmah Rosmin via Berkongsi Ilmu Kuih Muih & Masakan (BIKMM)

FT Image: Rahmah Rosmin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×