Dapur

SERABAI Digelar ‘Kuih Orang Mati’ Dihidang Bila Berlaku Kematian, Ini Resipinya!

6
SHARES
kuih serabai

Anda pernah dengar tak nama kuih serabai? Pada zaman kini, kuih serabai sudah jarang dilihat. Tetapi sekiranya anda bertanyakan pada orang lama, terutama atok dan nenek anda pasti mereka sangat mengenali kuih ini.

Melalui perkongsian resepi kuih serabai dari Puan Roshidawati, kuih ini selalu dihidangkan oleh masyarakat terdahulu sewaktu berlakunya kematian. Maka, tidak hairan kalau ada yang memanggil kuih ini sebagai ‘kuih orang mati’. Kalau nak tahu kenapa ia digelar sebegitu dan resipinya, ikuti kisahnya di bawah.

Baca juga: Resipi Abuk-Abuk Sagu, Kuih Tradisional Ini Makin ‘Rare’ Nak Jumpa. Senang Je Buat!

KUIH SERABAI

kuih serabai

Gambar: Roshidawati

Dulu kan masa kecil-kecil, kalau ada kematian mesti orang buat serabai.

Saya tak makan sebab orang tua-tua kata kuih orang mati, dulu ingat orang yang mati itu mesti balik nak makan kuih itu. Punya senteng fikiran sebab orang tua-tua yang kata begitu.

Bukan apa orang tua-tua kata begitu sebab dulu susah nak buat serabai ini.

Kena rendam beras lepas itu tumbuk, kemudian kena cari kelapa pula nak buat santan. Nak nyalakan api sebab guna dapur kayu kan.

Buat pula untuk ramai orang. Lenggang dalam kuali sebab itu depa tak bagi ambil, tak bagi rasa selagi tak sampai waktu kenduri dan dibacakan doa. Kalau makan awal-awal nanti tak cukup.

Zaman sekarang ini senang guna tepung beras saja. Santan malas koyak kelapa beli saja santan. Tak payah teruk nak lenggang bagai, guna acuan saja. Bila nak makan cicah kuah manis, kalau kuah tu letak durian lagi sedap!

Dari kuih yang takut dimakan waktu kecil-kecil sekarang dah jadi sumber pendapatan. Alhamdulillah, resipi pun sumber dari YouTube saja.

Baca juga: Resipi Pulut Dakap Cara Orang Tua Dulu Buat, Lain Sedapnya Sampai Menggamit Memori!

Resipi Kuih Serabai

Ini resipi cara saya lah:

  • Sekilo tepung beras
  • 3@4 cawan santan
  • Tepung gandum 2 cawan
  • Nasi 1 cawan
  • Yis
  1. Kisar santan, tepung gandum, gula dan garam sedikit, nasi dan yis.
  2. Kisar hingga halus dan pindahkan ke dalam bekas.
  3. Kemudian, masuk tepung beras dan air sikit-sikit untuk dibancuh.
  4. Pastikan bancuhan jangan pekat sangat dan jangan cair sangat.
  5. Biar adunan naik sampai ia sedia untuk dimasak.
  6. Jangan lupa sapu minyak dulu pada acuan, baru boleh masukkan adunan.
  7. Masa masak, acuan kena tutup. Kalau tak ada acuan, masuk dalam kuali saja.
  8. Api kena perlahan ya.

Baca juga: Petua Petai ‘3 in 1’: Bau Kurang Menyengat, Kecut Jadi Segar & Saiz Kecil Berkembang Besar!

Resipi Kuah Serabai

Bagi kuah sebagai pencicah kuih serabai, anda kena sediakan ia seperti di bawah:

  1. Masakkan santan terlebih dahulu.
  2. Kemudian, masukkan gula merah atau gula melaka, gula putih ikut kemanisan, sedikit garam.
  3. Biarkan ia mendidih api sederhana ya.
  4. Mahu pekatkan kuah boleh tambah bancuhan tepung jagung dan tepung gandum.
  5. Kacau-kacau ia sehingga kuah memekat dan tutup api.
  6. Jangan lupa masuk daun pandan.

Kalau nak makan dengan kaya yoes tu pun sedap!

Baca juga: Resipi Kaswi Jagung ‘Viral’, Guna 3 Jenis Tepung INI Baru Lebih Lembut Menggedik!

Sumber: Roshidawati via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)

FT Image: Roshidawati

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×