Dapur

Resipi Kuih Bakar Pandan Versi Guna Pengisar, Manis Berlemak & Lembut Kejadiannya!

68
SHARES
kuih bakar pandan

Kuih bakar pandan merupakan antara salah satu jenis kuih tradisional yang digemari ramai. Mempunyai rasa yang manis berlemak di tekak dan berbau harum, kuih bakar pandan ini sebenarnya bukan mudah untuk dimasak dan memerlukan teknik tertentu supaya menjadi dengan elok.

Kalau mengikut cara tradisional, anda perlu mengacau adunan kuih bakar tersebut dalam tempoh yang lama tapi, sebenarnya anda boleh juga guna pengisar. Lebih cepat dan mudah, malah adunan kuih bakar yang menggunakan pengisar ini turut menjadi sama seperti yang dikacau secara manual. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Air Tangan Ibu Buat Patty Ayam Homemade, Anak-Anak Puji Sedap Sangat!

Resepi Kuih Bakar Pandan Guna Pengisar/Blender

kuih bakar pandan

Bahan-bahan:

-8 helai daun pandan
-1 cawan air
-2 cawan santan
-2 cawan tepung gandum
-1 cawan gula
-3 biji telur
-2 sudu besar margerin
-½ sudu kecil garam
-1 sudu kecil asen vanilla
-1 sudu kecil pewarna hijau (optional)
-Sedikit bijan

Cara-caranya:

1.Sebelum membuat adunan , panaskan oven pada suhu 170 darjah .

2.Kisarkan 1 cawan air bersama daun pandan dan tapiskan.

3.Masukkan semua bahan kecuali bijan ke dalam pengisar kemudian kisar rata.

4.Tapis adunan, tuangkan ke dalam loyang yang disapu margerin/minyak.

5.Taburkan bijan di atas permukaan adunan.

6.Bakar di dalam oven selama 40 minit sehingga permukaan kuih bakar kelihatan garing dan perang.

7.Cucuk kuih bakar dengan lidi, jika lidi bersih bermakna kuih bakar sudah masak.

8.Pastikan kuih bakar betul-betul sejuk sebelum dipotong kerana semasa panas kuih bakar sedikit lembik.

kuih bakar pandan

*Selamat Mencuba!

Baca juga: Resepi Kuih Lompang Versi Mak-Mak, Terhasil Kenyal Elok ‘Lesung Pipit’ Tengah Kuih

Sumber: Harmagidun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×