Dapur

Resepi Sambal Totok Jawa Guna Petai Rangup, Rosak Diet Sebab Confirm Tambah Nasi!

16
SHARES
sambal totok jawa

Tengok sahaja sambal totok jawa, boleh buat penggemarnya kecur air liur. Malah, ini merupakan antara sambal yang bahaya untuk orang yang sedang diet kerana boleh bertambah nasi! Ditambah pula dengan adanya kehadiran petai yang rangup menambahkan lagi selera makan anda.

Kalau nak tahu bahan dan cara membuatnya, mari ikuti resepi sambal totok jawa campuran petai rangup oleh Puan Rafiza Idayu.

Baca juga: 3 Cara Peram Buah Tak Masak, Macam-Macam Jenis Boleh, Cuma Kaedah No. 3 Tak Digalakkan!

SAMBAL TOTOK JAWA

sambal totok jawa

Gambar: Rafiza Idayu

Sambal Totok Jawa dengan petai rangup. Tengok gambar mesti boleh buat lepas ini. Awas, boleh jadi ejen penambah nasi! Bahaya untuk diet anda.

Baca juga: 5 Kaedah Rebus Ulam Jantung Pisang, Bila Sejuk Tak Lebam & Tak Hitam Pun!

Bahan diperlukan:

sambal petai

Gambar: Rafiza Idayu

  • Petai
  • Belacan
  • Cili padi
  • Bawang merah
  • Cili merah besar
  • Ikan bilis

Baca juga: Cara Sebenar Jaga Periuk Stainless Steel, Sampai Anak Cucu Masih Elok Berkilat & Tahan Lama!

Baca juga: Resepi Gulai Kunyit Telur Ayam, Masa Masak Buat Cara Ini Baru Telur Cantik Tak Pecah!

Cara penyediaan:

sambal totok jawa

Gambar: Rafiza Idayu

  1. Panaskan minyak masak dan goreng ikan bilis, kemudian ketepikan ia.
  2. Seterusnya, gorengkan pula bawang semua bahan di atas kecuali petai dan ikan bilis.
  3. Setelah itu, tumbuk bahan-bahan yang digoreng sebentar tadi di dalam lesung batu sehingga lumat.
  4. Kalau nak ikan bilis rasa rangup ketika makan, boleh tumbuk ia kasar-kasar.
  5. Kemudian, masukkan petai dan gaul bersama bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi.

Dah siap! Anda juga boleh tambahkan air perahan limau, gula dan garam jika perlu.

Baca juga: Tips Goreng Tempe Luar Garing Tapi Isi Dalam Lembut Sangat, Sedap Lemak Bila Gigit!

Sumber: Rafiza Idayu

FT Image: Rafiza Idayu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×