Famili

Cara Orang Cina Rancang Majlis Perkahwinan, ‘Haram’ Buat Personal Loan

76
SHARES

Majlis perkahwinan sudah menjadi satu tradisi yang sering diadakan oleh pelbagai kaum di Malaysia. Ia sebagai tanda pemakluman tentang penyatuan dua hati selain untuk meraikan berita gembira ini bersama tetamu.

Malah, tradisi ini diraikan dengan pelbagai cara mengikut kemampuan. Namun, tanpa sedar ada juga majlis perkahwinan yang telah membebankan pasangan pengantin dengan campur tangan pihak ketiga.

Baca juga: Banyak Hal Kahwin Kena Urus, Ini Catatan Buat Bakal Pengantin Sebagai Panduan!

CARA ORANG CINA RANCANG MAJLIS PERKAHWINAN

Memetik dari sebuah tangkap layar, terdapat situasi di mana ibu bapa pengantin perempuan berhasrat untuk mengadakan majlis perkahwinan yang besar sehingga meminta pengantin lelaki untuk membuat ‘personal loan’ bagi menanggung majlis itu. Sampai macam itu sekali ya.

Rentetan itu, tangkap layar yang dikongsikan saudara Tai Zee Kin ini, telah memanggil dirinya untuk berkongsi cara orang Cina merancang majlis perkahwinan mereka. Semoga para pembaca, dapat memanfaatkan perkongsian ini untuk diambil sebagai pengajaran dan contoh ikutan.

Ini cara orang Cina layan isu majlis perkahwinan (wedding).

MENANTU LELAKI PERLU BUKTIKAN KEMAMPUAN

Ibu bapa pihak wanita akan galakkan supaya menantu buktikan kemampuan membeli rumah dulu sebelum meminang/merisik. Dan lazimnya dengan cara lembut (soft approach) untuk memastikan nama anak perempuan mereka muncul dalam Geran Tanah/Rumah.

BILA ADA KEMAMPUAN, BARU MULA MEMINANG

Bila dah mampu beli rumah, ada kereta, baru ‘mula’ proses meminang atau merisik atau buat ‘marriage proposal’.

DAFTAR PERKAHWINAN SEBELUM MAJLIS PERKAHWINAN

Selepas itu, kami akan ‘daftar perkahwinan dulu’ bawah ROM (pendaftar perkahwinan). Jadilah suami isteri sah undang-undang dahulu sebelum majlis.

Ambilah masa secukupnya untuk membuat rancangan majlis perkahwinan. Banyak antara kaum cina yang mengaturkan majlis perkahwinan dari 6 bulan hingga 2 tahun setelah mendaftarkan perkahwinan dengan ROM.

TERDAPAT DUA JENIS DALAM MAJLIS PERKAHWINAN ORANG CINA

Pasal majlis ini, biasa ada dua jenis.

Gambar hiasan: SingaporeBrides.com

1. DUA MAJLIS BERASINGAN

Lazimnya untuk keluarga pengantin lelaki dan wanita yang berkampung di tempat berlainan.

Contoh, keluarga pengantin lelaki di Sungai Petani Kedah, keluarga pengantin perempuan di Seremban, Negeri Sembilan. Ibu bapa pengantin akan saling hadir.

2. MAJLIS BERGABUNG (DUA DALAM SATU) 聯婚

Di mana, hanya ada satu majlis sahaja untuk kedua-dua belah pihak pengantin.

Saudara-mara dua pihak akan hadir majlis yang sama. Majlis sebegini biasa berlaku kalau pasangan pengantin berasal dari tempat yang sama.

DILARANG AMBIL PERSONAL LOAN  BUAT MAJLIS PERKAHWINAN

Bagi cina, PANTANG AMBIL PERSONAL LOAN untuk membuat majlis perkahwinan. Tidak dibenarkan.

Ibu bapa akan kata ‘kalau tiada duit, kami tak benarkan kahwin’. Simpan cari duit dulu. NON NEGOTIABLE. Tidak akan berlaku.

Ibu bapa biasa kalau mampu, akan simpan duit untuk perkahwinan anak masing-masing. Mereka akan bagi duit kepada anak-anak untuk ringankan beban mereka.

BUDAYA BERI ANGPAU PADA HARI MAJLIS PERKAHWINAN

Gambar hiasan: Twitter JiunErLiu.

Budaya Cina berpisah tiada dengan ‘angpau’.

Kalau pernah hadiri perkahwinan Cina, depan dewan biasanya ada satu meja kaunter pendaftaran. Kaunter ada dwi-fungsi. Pertama pendaftaran dan kedua ‘rekod duit angpau’.

1. KADAR RUJUKAN MENGIKUT CIRI-CIRI DITETAPKAN

Pasal angpau perkahwinan ini, dia ada ‘kadar rujukan’ mengikut jenis.

Majlis (hotel, restoran, dewan orang ramai), lokasi (Hotel 5 star Bukit bintang, atau restoran Jade Garden Sungai Petani). Dan juga berapa intim hubungan (Pek pek emem ah cik ah sim bagi lebih. Biao shu, shu po, yi po, biao jie bayar kurang sikit. Kawan karib bagi lebih, kawan tak sekarib bagi kurang sikit).

Saudara-mara sudah tahu, untuk bagi amount berapa dalam angpau ikut kadar tersebut.

Sebagai contoh, kalau RSVP majlis di Hotel 4/5 bintang, RM150 – RM250 adalah biasa bagi setiap yang hadir. Ibu akan tanya dalam kumpulan whatsapp – berapa yang akan hadir majlis perkahwinan sepupu? Ibu nak buat anggaran angpau.

Kalau keluarga ada 3 yang hadir, ibu mungkin akan sediakan angpau RM500. Kalau ibu seorang sahaja yang hadir, mungkin RM200. Kalau buat di restoran makan di Tampin, mungkin kadarnya RM50 – RM80.

2. ADA BUKU CATATAN JUMLAH ANGPAU DITERIMA DARI TETAMU

Bila sampai depan kaunter rekod angpau, zaman dulu-dulu dia akan terus buka angpau (sekarang dah jarang, dia buka bila majlis habis di rumah) dan buat catatan amount angpau.

  • Tai Zee Kin (sepupu belah pengantin wanita) – RM250
  • Chew Hoong Ling (sepupu xxxx) – RM300
  • Joan Lai (Yi Poh) – RM 500

Jadi, bila bagi angpau, kami akan tulis dengan jelas nama di belakang angpau itu untuk memudahkan rekod. WAJIB. Tak percaya? Hadirlah majlis perkahwinan Cina, perhatikan angpau mereka bagi. Mesti ada tulis nama di belakang.

3. ANGPAU DITERIMA AKAN DIBALAS PADA HARI KEMUDIAN MAJLIS TETAMU

Buku catatan angpau ini, pihak ibu bapa pengantin akan simpan dengan baik.

Hari kemudian bila ada anak sesiapa kahwin, ibu akan buka buku catatan tersebut (selalu disimpan dalam laci altar dewa dewi), dan cari juga berapa yang dia atau ibu bapa dia bagi masa majlis perkahwinan anak sendiri.

Dia akan balas amount tersebut dan top-up sikit lagi. Kalau yang kahwin itu adalah anak tunggal, ibu akan top-up lagi angpau tu.

4. MANFAAT DARI ANGPAU BUAT PASANGAN PENGANTIN

Gambar hiasan: NitsaHolidays.in.

Maka, dalam banyak majlis Perkahwinan Cina, pasangan pengantin akan dapat ‘lebihan’ wang dari angpau. Cukup untuk membayar semua belanja dan kos majlis, siap ada baki lagi. Baki ini akan dibelanjakan untuk cuti bulan madu, atau beli rumah.

Budaya ini diwarisi sejak ribuan tahun sampai sekarang. Angpau Majlis Perkahwinan seolah-olah menjadi ‘pelaburan’ yang bakal meraikan keuntungan.

Kami sampai sekarang, tidak pernah hadir majlis perkahwinan Cina tanpa memberi angpau dengan amount yang setimpal.

Budaya ini tidak terpakai untuk mereka yang ‘mampu’ dan ‘moden’ ala barat. Keluarga yang cukup kaya, mungkin akan suruh jangan bagi angpau. Mereka adalah golongan minoriti.

Saya berasa budaya ribuan tahun ini harus diteruskan kerana ia memperlihatkan sifat kebergantungan dan memupuk semangat ‘komunal’ dengan mendalam.

LARANG ANAK-ANAK BUAT PINJAMAN LOAN UNTUK MAJLIS PERKAHWINAN

Gambar hiasan: Google.com

Nasihat saya kepada kaum lain, JANGAN BENARKAN ANAK-ANAK MEMBUAT PINJAMAN LOAN untuk majlis perkahwinan.

Halangkan anak-anak daripada perbuatan ini yang boleh memusnahkan masa hadapan mereka demi nafsu ‘ego’ sendiri untuk sehari.

Sekian, terima kasih.

Sumber: Facebook Tai Zee Kin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×