Famili

Banyak Hal Kahwin Kena Urus, Ini Catatan Buat Bakal Pengantin Sebagai Panduan!

13
SHARES

Perkahwinan ialah sebuah bentuk kehidupan yang halal suami dan isteri, selepas pengantin lelaki melafazkan akad bagi beragama Islam. Menguruskan hal perkahwinan bukan mudah terutama bab persiapan. Nak pula, bakal pengantin yang memilih untuk menguruskan semuanya sendiri.

Memang boleh datang sakit kepala, jika tiada pengurusan masa dan sistem aturan yang betul. Bagi bakal pengantin yang di dalam situasi ini, mari ikuti catatan buat anda di bawah dari Puan Siti Hamidah Salim sebagai satu panduan yang berguna.

Baca juga: Jangan Mudah Cop Kawan ‘Single’ Tiada Jodoh, Ini Sebabnya Kenapa…

PANDUAN PERSIAPAN PERKAHWINAN UNTUK BAKAL RAJA SEHARI

CATATAN BUAT BAKAL PENGANTIN

Catatan ini merupakan pengalaman sendiri dari Puan Siti Hamidah Salim dan semoga panduan ini berguna untuk bakal raja sehari di luar sana.

1. BERTENANG

Masalah akan hadir. Muhasabah diri. Rehat sebentar dari uruskan hal berkaitan. Ambil masa refleksi diri.

2. DUIT, MASA & PENAT

Gambar hiasan: LifestyleOkezone.com

Dulu, terpikir kenapa orang nak buat majlis berhabis duit untuk 1 hari. Bila dah uruskan sendiri, saya jadi ikhlas nak buat majlis ini nak hormat hadirin yang meraikan kita.

Bukan sebab nak tunjuk kemampuan. Tapi sebab ikhlas nak jamu orang makan kan sedekah (Allah janji rezeki yang banyak bagi mereka yang ikhlas bersedekah, Allah akan beri kecukupan).

Selepas itu semua jadi mudah, bila kita redha, Allah curah rezeki yang banyak yang tidak disangka. Saya prepare duit lama, menyimpan pun lama sejak hari pertama kerja.

30 peratus dari duit yang dapat saya simpan. Buat kerja, buat dropship barang (balik jam 11 malam tu perkara biasa). So apa-apa masalah duit yang ada, saya dah ada backup untuk standby.

Memang masa kita banyak kita guna nak kerja lagi, urus borang, urus pulak hal kenduri. Pikir pula nak tinggal mana lepas kahwin, barang rumah. Kepenatan dibuatnya. Buat satu-satu.

Rehat, ambil masa pergi spa urut. Ambil masa ini hargai diri sendiri dan pada masa sama kawal emosi.

Saya sendiri bulan Oktober ni dah berurut hampir 5 kali (bukan sebab banyak duit tapi sebab sayang diri sendiri: bayar sendiri pula ceritanya kan). Alhamdulillah emosi dan kepenatan badan dapat diatasi.

3. BUKU NOTA

Tulis di buku apa perkara nak buat.

4. NIKAH

Gambar hiasan: DivaMY.com

4.1 Isi borang.

4.2 Uruskan hal borang.

  • Lengkapkan dokumen.
  • Jumpa tok kadi kariah tempat kita tinggal.
  • Buat pengesahan pemastautinan (jika perlu).
  • HIV test.
  • Tempat nikah.
  • Hantar borang nikah dan dokumen di Pejabat Agama Islam Daerah (PAID).
  • Kalau lulus jumpa pulak Pendaftar Nikah tempat kita nak nikah.
  • Dalam masa yang sama tempah make-up artist, tempah jurugambar, tempah makanan untuk lepas majlis nikah, tempah juga pengukir inai.

(Untuk mudahkan saya, nikah awal hari Selasa 25.10.2022 dan majlis sanding 30.10.2022. Ada sela/gap masa untuk uruskan hal sanding, make-up artist, jurugambar. Dan inai saya tempah orang yang sama untuk majlis sanding dan nikah.)

Dalam kes saya nikah di Masjid Negeri Selangor. Saya pergi ke pejabat masjid negeri untuk bertanya, bayar bilik nikah dan jumpa Pendaftar Nikah di pejabat masjid negeri.

Ambil nombor telefon dan tanya apa yang saya tak faham dan apa perlu saya lakukan untuk hari pernikahan.

Alhamdulillah ustaznya ok. Rezeki bila dapat uruskan dengan orang yang menggalakkan pernikahan dengan cara yang mudah. Ustaz nasihatkan duit mas kahwin tu buat dalam bank draft jangan bawa tunai.

  • Baju nikah dan bunga tangan: Beli siap atau beli kain dan tempah. Buat awal ya, tak kabut nanti. Bunga tangan, saya buat sendiri.

4.3 Nikah (Hari kejadian)

  • Inai sehari sebelum. Make-up 2 jam, biasanya kalau nikah jam 11 pastikan make-up siap jam 10. Mula make-up jam 7.30pagi. Pakai baju Pengantin, veil, cincin risik dan tunang.
  • Bawa borang yang dah lulus dari PAID, IC. Serahkan pada urusetia dewan nikah.
  • Bawa mas kahwin dan barang batal air sembahyang, bawa bayaran yang perlu untuk pihak Pendaftar Nikah dan saksi.
  • Pernikahan pun dimulakan.Simpan slip pernikahan sementara. Serahkan mas kahwin Dan batal air sembahyang.
  • Ambil gambar, makan, selesai.

5. MAJLIS PERSANDINGAN

Gambar hiasan: DrazenZigic – Freepik.com

5.1 Makanan/Katering /Dewan/Pelamin/Baju Pengantin/Aksesori

Ini nasihat saya survey awal, bayar booking awal. Pilih dengan betul yang benar-benar syarikat berkaliber. Uruskan baju pengantin kalau buat sendiri, beli kain, cari tukang jahit dan fitting.

5.2 Make-up artis, Pengukir Inai & Jurugambar

Bayar deposit bagi tarikh pada mereka. Bayar ikut progress yang diminta (bila dah tempah sekali orang yang sama untuk nikah, urusan untuk sanding dah mudah).

5.3 Goodies & Kad Jemputan

Goodies murah buat sendiri. Ini sahaja perkara yang saya beri kakak ipar saya uruskan, yang lain 95 peratus saya urus sendiri.

Kalau dapat pasangan yang nak urus sama-sama Alhamdulillah.  Tapi kalau nampak kita buat sorang-sorang dan pasangan tak nampak peranan, bagi dia tolong part yang perlukan dia sahaja.

Bila kita buat kerja sorang-sorang, kita akan lebih mahir menyelesaikan banyak masalah. Kita akan kenal diri kita sebenar.

Orang pun akan hormat kita. Kita tak susahkan orang lain untuk urusan majlis kita sendiri. Kita tak pakai duit orang lain, tak kacau hidup orang lain.

Kita punya majlis kita urus sendiri. Mudah kan? Orang nak argue apa-apa ikut dia la duit kita kan. Ikut law kita. Ikut syarat kita.

  • 500 jemputan 500 goodies.
  • Beg kertas (beli online secara pukal).
  • Garam paket (beli di kedai eco atau call sendiri syarikat garam tersebut dapat harga borong).
  • Gula-gula paket (Mydin, beli 3 jenis masukkan dalam packet (packet kecil berzip boleh beli di kedai eco)).
  • Roti Gardenia (direct kilang melalui kenalan yang biasa berurusan infaq roti gardenia).
  • Vvip goodies (untuk pihak pengantin lelaki), 20 bag kertas yang sama saya tambah kismis dalam botol bentuk love.
  • Botol bentuk love: Cari di kedai eco: 3unit RM2.40.
  • Kad jemputan: Cari apps di google play untuk design kad kahwin sendiri. Kita design dan simpan dalam memori handphone.

Cari tempat printing, tanya, tunjuk design yang kita buat dan kalau setuju harga mereka teruskan cetak kad kahwin.

Kita design sendiri kan so kad kahwin dah ada dalam handphone kita. Forward kad kahwin pada jemputan di Whatsapp.
Hadkan orang penting-penting je jemputan kita. Sedara sebelah mak, abah, orang kampung dan kawan pengantin.

6. UJIAN MEMATANGKAN

Gambar hiasan: HelloSehat.com

Masalah akan tetap ada seperti nak putus asa, nak batal majlis, gaduh, edisi merajuk sampai pulangkan cincin pada tunang.

Tenang, ambil masa fikir. Rehat. Maaf dan selesaikan masalah.

Jangan rasa keseorangan tak ada orang tolong dan semua orang tak faham kita. Ini majlis kita, kita nak benda ini jadi.

Kita uruskan satu-satu sampai siap. Orang lain boleh tolong, kita ucap terima kasih. Tak boleh tolong tak apa, kita urus sendiri perlahan-lahan.

Rancang masa kita sebaik mungkin. Mungkin saya dah terbiasa buat kerja sorang-sorang, jadi saya tak berapa ada masalah sangat bab pengurusan dokumen dan lain-lain. Alhamdulillah.

InshaAllah kalau kita bertenang, kita dapat atasi banyak masalah. Doa sungguh-sungguh dan minta pada Allah untuk tunjukkan jalan dan mudahkan urusan.

Allah Maha Mendengar Masalah dan Maha Menyelesaikan Masalah.

Okay gais. Tenang, rehat dan sambung kerja.

Sumber: Facebook Siti Hamidah Salim via Tips Persiapan Kahwin (TPK)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×