DIY & Kraf

DIY Semburan Organik Bawang Putih Untuk Elak Tanaman Diserang Serangga

33
SHARES

Memang kecewa rasanya bila tengok tanaman kita sendiri diserang oleh serangga sehingga menghancurkan tanaman dan perlu ditanam baharu. Kalau dibiarkan sahaja memang habis pokok lain turut diserang dan dijangkiti oleh kutu, hama dan semut.

Bagi mengelakkan kejadian ini terus berlaku, cuba semburan organik bawang putih seperti yang dikongsi oleh Liyana Mohd Poad di laman Facebook. Memang menjadi dan pokok membesar elok! Barulah puas hati…

Baca juga: Cara Tanam Pokok Daun Bawang Sendiri, Lebih Sedap & Manis

DIY SEMBURAN ORGANIK BAWANG PUTIH UNTUK ELAK TANAMAN DISERANG SERANGGA

Semburan organik bawang putih untuk elak diserang seranggga.

Bahan-bahan: 

  • Cili padi 6 tangkai.*
  • 5 ulas bawang putih.*
  • Halia 3 hiris.*
  • Sesudu minyak masak.
  • Sesudu cecair pencuci pinggan.
  • Air paip 250ml.*

Cara-cara penyediaan: 

1. Kisar semua bahan bertanda*.

2. Tuang ke dalam bekas kedap udara, tutup dan biarkan 12 jam dalam suhu bilik.

3. Selepas 12 jam, tapis bahan-bahan yang telah dikisar.

4. Ambil 30ml pati + 1L air biasa dan masukkn ke dalam botol spray. Campur sesudu minyak masak & sesudu cecair pencuci pinggan. Goncang. Sedia untuk digunakan.

5. Spray pada pokok-pokok yang mempunyai masalah kutu, hama, semut dan sebagainya yang menyebabkan masalah kerinting, daun bergulung serta berlubang-lubang. Lakukan pada sebelah petang sahaja selepas siram pokok.

6. Sesuai untuk semua jenis tanaman berumur sebulan ¹/² ke atas. Lakukan seminggu dua kali.

7. Pati semburan organik boleh disimpan ke dalam peti sejuk dan tahan untuk tempoh 3 bulan.

Selamat mencuba! Mesti tanaman tidak diserang serangga.

Sumber: Facebook Liyana Mohd Poad

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×