Biasanya kalau beli daun bawang di kedai mesti cepat layu dan tidak dapat digunakan. Bagi mengelakkan anda kecewa, apa kata cuba tanam sendiri sahaja di rumah. Confirm lebih sedap, manis dan kebersihan sudah tentu terjaga. Kalau nak tahu macam mana cara tanam daun bawang, kena baca artikel ini sampai habis.
Rugi kalau tak cuba!
Baca juga: Petua Lebatkan Tanaman Buah Mangga Di Rumah, Kena Letak Bahan Rahsia Ini Rupanya
CARA TANAM DAUN BAWANG SENDIRI, HASILNYA MEMANG PUAS HATI
– Cari bawang yang bila kita potong kepalanya, di tengah-tengahnya ada warna hijau.
– Potong bahagian atas bawang (saya panggil bahagian kepala bawang)
– Pilih bawang yang dah bercambah daun, potong buang daun tu dan tanam. Daun tu kalau dibiarkan nanti dia bantut.
– Kalau tak ada bawang yang bercambah, pilih bawang segar dan elok pun dah ok. Jangan tanam bawang busuk, nanti cepat la dia membusuk dalam tanah.
– Cara ini kita guna untuk pokok bawang yang kita tanam untuk kegunaan daun.
– Nak tanam dalam bekas telur pun boleh cuma kena selalu basahkan bekas telur itu. Saya lebih suka tanam di tanah. Lebih kukuh dan cantik.
– Spray manja-manja sahaja untuk lembapkan tanah. Tak perlu banjirkan pasu. Nanti bawang lemas dan cepat membusuk.
Dapat la tuai hasil dalam masa seminggu. Bila nak tuai, potong sahaja semua daun dan bawang dibiarkan di tanah. Nanti boleh tuai lagi.
Selamat bercucuk tanam. Mudah je kan?
Sumber: Facebook Cik Pooja