Dapur

Tak Sampai Berapa Hari Dah Rosak… Bertenang, Ini Tips Simpan Bawang Agar Ia Tahan Lama!

34
SHARES
simpan bawang

Bawang adalah bahan paling penting dalam masakan lebih-lebih lagi untuk tumisan dan perencah masakan. Disebabkan ia satu keperluan, maka ramai membelinya dalam kuantiti yang banyak. Tapi, sedar tak bawang mudah rosak lebih-lebih lagi selepas digunakan? Sebenarnya ada tips simpan bawang supaya tahan lama.

Sama seperti bahan masakan lain, ada cara sendiri untuk simpan bawang disebabkan ia salah satu bahan yang mudah rosak. Lepas ini, tiada lagi pembaziran berlaku apabila anda perlu membuang bawang saat ia rosak. Jadi, jom ikuti perkongsian penulis mengenai tips simpan bawang agar tahan lama!

Baca juga: Cili & Daun-Daun Masakan Tidak Lagi Terkulai Layu, Ikut Cara Simpan Ini, Lebih Tahan Lama!

TIPS SIMPAN BAWANG AGAR TAHAN LAMA

1. ASINGKAN DENGAN BAHAN DAPUR LAIN

simpan bawang

Penting untuk anda memastikan bawang tidak disimpan sekali bersama sayur-sayuran atau bahan dapur yang lain seperti cili kering dan rempah ratus. Ini kerana percampuran bersama bahan lain akan menyebabkan bawang cepat busuk, rosak, malah rasanya juga berubah.

2. SIMPAN DALAM BENTUK KISAR ATAU DIHIRIS

simpan bawang

Tips ini sesuai buat isteri yang ingin menyenangkan kerja mereka di dapur. Boleh juga anda simpan bawang yang telah dikisar halus di dalam freezer, namun masukkannya di dalam bekas yang bertutup kemas. Jadi setiap kali ingin memasak, anda boleh ambil hanya mengikut keperluan dan lebihannya disimpan semula ke dalam freezer.

3. SIMPAN BAWANG TELAH DIKUPAS

simpan bawang

Selain itu, boleh juga anda menyimpan bawang yang telah dikupas di dalam bekas bertutup dan masukkannya ke dalam peti sejuk. Ketika anda ingin menggunakannya, barulah cuci bawang itu, hiris atau kisar sebelum dijadikan bahan campuran penumis masakan.

4. SIMPAN DI TEMPAT TERBUKA DAN KERING

simpan bawang

Bawang perlu disimpan di tempat terbuka dan kering supaya ia tahan lama. Ingat, elakkan dari simpan bawang di tempat basah atau lembab kerana ia akan mengakibatkan bawang cepat busuk dan keluar tunas.

Jadi, lepas ini pasti tidak ada bawang yang perlu dibuang dan dibazirkan hanya kerana ia rosak dengan cepat. Cuba 4 tips di atas, pasti bawang akan tahan lama, tak kisahlah bawang holand, bawang besar atau bawang putih sekalipun, semuanya boleh diguna buat tempoh masa yang lama. Selamat Mencuba!

Sumber: Rasa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×