Dapur

Kenapa Tumbuk Cili Guna Lesung Batu Lebih ‘Kaw’ Dari Pengisar?Ini Jawapan Dari Sudut Saintifik

106
SHARES

Biasanya kalau kita memasak lauk sambal di dapur, cara yang paling senang untuk hasilkan cili boh atau apa-apa sahaja cili adalah dengan mengisarnya dengan menggunakanmesin pengisar kan? Mana tidaknya, cara ini adalah lebih mudah dan tidak melecehkan dan turut boleh menjimatkan masa, terutama sekali buat anda yang bekerja.

Tapi perasan atau tidak, rasa cili boh yang dikisar menggunakan mesin pengisar agak kurang ‘umphh’ berbanding menggunakan batu lesung? Setiap kali makan sambal cili seperti sambal belacan yang menggunakan batu adalah lebih sedap dan kaw berbanding yang dikisar menggunakan mesin pengisar. Kenapa macam itu?

Lesung batu vs blender

Sebenarnya, persoalan ini ada jawapannya daripada sudut saintifik. Mari ikuti perkongsian oleh petugas makmal, Mohd Azizul Osman dalam group Facebook Suami Masak Apa Hari Ini (SMAHI) baru-baru ini.

Semalam isteri minta nasi goreng pedas. Jadi, pagi ni ‘pongpang-pongpang’ la menumbuk cabai (cili) memecah keheningan pagi. Sekadar nak berkongsi pendapat terhadap persoalan: kenapa tak kisar je pakai blender, kan senang?

Senang tapi tak ‘power’. Takdak ‘flying kick’ atau sepak terajangnya. Dulu kat makmal bakteriologi, aku guna pestle dan mortar untuk keluarkan intracellular bacteria macam Brucella atau Coxiella burnettii dari dalam sampel tisu. Sekarang di makmal virologi pun masih guna pestle dan mortar untuk isolasikan virus. Samalah juga untuk keluarkan segala komponen dalam sel cabai dan bawang.

Unsur-unsur seperti cellulose microfibrils, hemicellulose, pectin, lignin, soluble protein dan lain-lain akan keluar dengan sempurna. Sementalahan capsaicin (8-methyl-N-vanillyl-6-nenonamide) dalam cabai yang sangat berkhasiat akan teradun dengan sempurna.

Ianya tak berlaku sepenuhnya dengan blender sebab blender hanya akan cincang atau potong kepada cebisan-cebisan kecil saja. Jadi, gunalah lesung batu untuk lebih sedap dan lebih memikat isteri. Tu je nak kongsi.

*Rupa-rupanya macam itu!

Sumber: Mohd Azizul Osman

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×