Dapur

Resepi 6 Jenis Sambal Anda Wajib Kena Mahir, Barulah Makan Nasi Tambah!

135
SHARES
resepi sambal belacan

Menjadi kewajipan dalam setiap menu rakyat Malaysia adalah makanan pedas. Apabila anda makan nasi lauk campur, pasti tak sah kalau anda tak ambil sambal belacan untuk digandingkan bersama lauk-pauk bukan? Mungkin ada dalam beberapa jenis sambal yang dijual di kedai tidak menepati citarasa anda kerana manis atau kurang pedas, jadi inilah masanya untuk anda memahirkan diri buat sendiri guna resepi sambal belacan di rumah.

Berikut merupakan antara 6 jenis resepi sambal yang anda wajib kena mahir. Bila dah mahir buat jenis-jenis sambal ini, pasti akan buat anda tambah nasi berpinggan-pinggan!

Baca juga: Cara Buat Roasted Chicken Ala Hotel Guna Air Fryer, Berkilat & Terliur!

RESEPI  SAMBAL BELACAN ANDA WAJIB KENA MAHIR, ADA 6 JENIS

1.Resepi Sambal Belacan Siam

resepi sambal belacan

-2 biji cili masak

-20 biji cili api

-10 biji cili api merah siam

-Belacan

-1 sudu kecil gula

-1/2 sudu kecil garam

-1/2 sudu kecil ajinomoto

-Air asam secukupnya

-5 sudu cuka makan

-1/2 biji bawang holland

-Blendkan kesemua bahan dalam blender

-Air asam tu agak agak

-Nak cair pekat sambal sebijik rasa sambal kat kedai tomyam

2. Resepi Sambal Belacan Tempoyak

resepi sambal belacan

-1 biji cili masak

-20 biji cili api

-10 biji cili api siam merah

-1/2 sudu kecil garam

-1 sudu kecil gula

-Kalau tempoyak dah manis letak gula sikit je cukup

-1/2 cawan ikan bilis di basuh

-Tumbuk / blend dalam chopper kesemua bahan

-Dah hancur masukkan ikan bilis

-Chopper lagi separuh hancur

-Last kawinkan dengan tempoyak manis

3.Resepi Sambal Belacan Limau

resepi sambal belacan

-1 biji cili masak

-20 biji cili api

-10 biji cili api siam

-1/2 sudu kecil garam

-1 sudu kecil gula

-belacan

-2 biji limau nipis

-Tumbuk / blend dalam chopper kesemua bahan dan akhir sekali perahkan perahan limau. Jangan masukkan air ye nanti sambal cepat berubah rasa. Sambal akan tahan lama dalam peti sejuk.

-Sambal ni kalau kakzu dah bosan sangat tak tau nak masak apa, amik ikan atau ayam , gaul garam dan kunyit kemudian letakkan sambal ni kat bahagian atas dan masak dalam air fryer. Lauk diet paling sedapp.

4. Sambal Mangga

resepi sambal belacan

-1 biji cili masak

-20 biji cili api

-10 biji cili api siam

-1/2 sudu kecil garam

-1 sudu besar gula

-Belacan

-Buah mangga / bacang / kuinin yang di racik racik

-Tumbuk / chopper kesemua bahan kecuali mangga. Jangan masuk air tau, dah hancur baru baru masakkan mangga.

5.KUAH ASAM

resepi sambal belacan

-Cili api hijau

-Cili api merah

-Cili masak

-Bawang besar

-Buah tomato

-Semua di hiris

-Bahan blender

-Bawang besar

-Cili api

-Air asam jawa

-Belacan

-Lenyekkan ramas ramas dua bahan ni dengan air

-Semua bahan di satukan

-Masukkan kerisik

-Sesuaikan rasa gula dan garam serta bahan perasa

-Gula letak lebih sikit

-Masukkan limau kasturi di belah 2

-Sukatan agak agak ikut citarasa dan kepekatan ya

6.SAMBAL PICIT

resepi sambal belacan

-Macam buat kuah asam cara dedulu. Bezanya takda bawang je.

Bahan

-air asam jawa

-cili api

-belacan

-garam

-gula

-ajinomoto

-Tenyeh-tenyehkan je

-Suka tambahkan perahan limau nipis

-Last masukkan ikan pelaling rebus

-Warna bergantung pada jenis asam jawa dan belacan

Selamat mencuba!

Sumber: Lily Liyana via Masak Apa Tak Jadi Hari Ini

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×