Dapur

Cara Buat Roasted Chicken Ala Hotel Guna Air Fryer, Berkilat & Terliur!

17
SHARES
resepi roasted chicken

Sebut sahaja roasted chicken, sudah pasti kita dah terbayang keenakan apabila dimakan bersama nasi ayam bukan? Tambah pula kalau tengok menu roasted chicken di hotel, berkilat semuanya! Tapi, bila tengok harga mungkin ada dalam kalangan kita yang kurang mampu untuk menjamu selera di hotel mewah.

Jangan risau, anda boleh buat sahaja roasted chicken seperti makan di hotel mewah ini hanya dengan menggunakan air fryer. Macam mana nak buat? Jom tengok perkongsian resepi di bawah.

Baca juga: 6 Resepi Kek Guna Air Fryer, Tiap-Tiap Hari Boleh Buat Kek!

CARA BUAT ROASTED CHICKEN ALA HOTEL GUNA AIR FRYER, BERKILAT!

Bahan-bahan:

– Daging ayam

– Bawang putih (dicincang)

– Serbuk lada hitam

– Sos tiram

– Kicap

– Gula

– 1 sb Tepung jagung

Cara penyediaannya:

1.Pilih beberapa ketul ayam. Bahagian thigh adalah amat disarankan.

2.Masukkan bawang putih, lada hitam, sos tiram, kicap dan gula.

3.Masukkan tepung jagung, gaul rata. Perap selama 30 minit.

4.Bakar 180C selama 20 minit. Alihkan dan bakar lagi 10 minit.

5. Siap!

resepi roasted chicken

Sumber: Nahar Effendy Noordin

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×