DIY & Kraf

Atasi Masalah Pokok ‘Sakit’ Guna Paracetamol, Menjadi!

556
SHARES

Sejak kita berada dalam tempoh lockdown, mesti ramai dalam kalangan kita yang sudah mempunyai hobi baharu bila duduk di rumah. Ada yang sudah mula rajin memasak dan ada juga yang cenderung minatnya terhadap tanaman pokok. Tapi, bila dan tanam pokok, mesti anda akan mengalami masalah apabila pokok tersebut ‘tidak sihat’ dimana daun menjadi kering dan buah pokok pun sering busuk.

Mungkin anda boleh gunakan cara yang dikongsikan di laman Facebook ini dimana anda boleh cuma gunakan paracetamol bagi mengatasi masalah pokok ‘sakit’. Benda baharu!

GUNA PARACETAMOL, ATASI MASALAH POKOK ‘SAKIT’

“Ko ingat aku ada masa nak kasi buah/daun ku busuk dimakan ulat!”..

Untuk masalah daun dimakan ulat, daun berkerinting, buah selalu busuk…itu petanda pokok ‘sakit’ dan kalau dah sakit, Paracetamol jawapan dia. Ambil pil paracetamol sebarang jenama. Belah 2 atau 4 dan tanamkan ke tanah di pokok yang sakit, insyaAllah pokok akan sihat dan daun pokok segar serta buah tak busuk lagi. Justifikasi dia, Paracetamol terkandung dadah, bila kita tanam, pokok akan menyerap dadah dari paracetamol dan menyebar ke seluruh jasad pokok. Daun akan menjadi pahit dan ulat dan serangga akan hindari pokok tersebut selama mana Paracetamol ada dalam jasad pokok. Selamat mencuba.

1.Paracetamol : sebarang jenama..paling baik kalau yang dah lupus tarikh. Dari dibuang, tanam pada pokok sakit..

2.Paracetamol, dan ada yang akan tanya, kalau pakai yang Actifast tu boleh ke? Lagi cepat! Jawapannya tak boleh sebab Actifast dalam bentuk cairan, bila dicurah pada pokok. Lepas tu kita siram pulak, tak ke sia sia tu…

3.Dibelah dua…bergantung pada saiz pokok..

4.Dibelah 4…tanam kiri dan kanan pokok..

5.Jauh sikit dari pangkal pokok..untuk pokok pasuan..6″-9″ dari pangkal pokok..kalau lebih pun tak ada masalah..sebab dalam pasu.

6.Paracetamol akan terlarut secara perlahan..dan diambil pokok secara sikit sikit.

Sumber: Ismail Che Din

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×