DIY & Kraf

Petani Thailand Kongsi Rahsia Pokok Berbuah Lebat, Rupanya Kena Guna Bahan Ini!

2
SHARES
TIPS POKOK BERBUAH LEBAT

Menerusi perkongsian di laman Facebook milik Berkebun Di Rumah, ada satu perkongsian tips pokok berbuah lebat dan subur. Jelasnya, petua yang menggunakan air kelapa muda sebagai baja ini diberikan oleh petani Thailand.

Selain air kelapa, kulit telur juga diperlukan dalam penghasilan baja pokok organik. Nak tahu macam mana cara menghasilkannya? Baca artikel ini sehingga habis.

Baca juga: Baju Melayu Mula Berbulu Walau Pakai Kejap, Ini ‘Rahsia’ Cara Hilangkan. Mudah Je!

PETANI THAILAND KONGSI TIPS POKOK BERBUAH LEBAT & SUBUR

TIPS POKOK BERBUAH LEBAT

Bahan-bahan:

  • 2kg kulit telur dibasuh bersih dan dikeringkan
  • 2kg gula perang
  • 1 biji ragi tapai
  • 1 botol Yakult
  • 2 kotak susu segar
  • 2 biji air kelapa muda

Cara-cara penyediaan:

1. Kisar halus kulit telur dengan mengunakan pengisar kering.

2. Kemudian, campur semua bahan ke dalam satu bekas.

3. Peram selama 14 hari dan perlu dikacau sekurang-kurangnya 2 hari sekali.

4. Selepas 14 hari, tapis bahan untuk mengambil pati air perapan sahaja.

5. Buangkan daun-daun yang terlalu matang pada pokok yang ingin disembur.

6. Gunakan sebanyak 10ml pati bersama 20 liter air dan semburkan pada permukaan daun seminggu sekali.

Hasilnya tanaman anda pasti akan berbuah lebat dan subur. Selamat mencuba!

Baca juga: Ini Cara Bersihkan Oven Paling Mudah, Tanpa Perlu Sental & Pasti Berkilat!

Sumber: Facebook Berkebun Di Rumah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×