DIY & Kraf

Baju Melayu Mula Berbulu Walau Pakai Kejap, Ini ‘Rahsia’ Cara Hilangkan. Mudah Je!

16
SHARES
BAJU MELAYU BERBULU

Antara isu yang hangat diperkatakan di media sosial setiap kali perayaan Aidilfitri adalah mengenai baju Melayu berbulu. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana baju tersebut dijual dengan harga mahal.

Pengguna sudah tentunya kecewa kerana kualiti tidak setanding dengan harga yang ditawarkan. Walau bagaimanapun, ia masih boleh diselamatkan seperti perkongsian pengguna aplikasi X di bawah.

Baca juga: 3 Tips Bersihkan Dinding Rumah Warna Putih, Jangan Biarkan Kotor & Kuning!

BAJU MELAYU BERBULU? INI CARA ATASINYA

BAJU MELAYU BERBULU

Jelas seorang lelaki bernama Dean, dia memberitahu jika baju Melayu berbulu kerana kualiti samping yang tidak elok. Selain itu, bucu hujung benang dimatikan sekadar menggunakan api sahaja juga boleh menjadi punca kepada masalah tersebut.

Jadi, bagi mengatasi masalah kain baju Melayu berbulu, anda boleh mengguna pencukur (shaver). Caranya mudah sahaja, pastikan seluar ditarik tegang dan cukur bulu yang ada pada seluar sehingga hilang.

“Sangat malang siapa yang kena macam ini tapi ada jalan penyelesaiannya. Biasanya terjadi sebab samping murah atau bucu hujung benang dimatikan guna api sahaja.

“Cara penyelesaiannya adalah tarik tegang and ambil pisau shave bulu kain itu perlahan-lahan. InsyaAllah boleh hilang,” jelasnya.

Sekiranya ada di antara anda mengalami baju Melayu berbulu, boleh cuba cara seperti yang dikongsikan.

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

Baca juga: 3 Cara Hilangkan Kesan Karat Pada Pakaian, Guna Bahan ‘Rahsia’ Ini Mesti Menjadi!

Sumber: Aplikasi X DeanOrDean

Kredit imej: Lemon8

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×