DIY & Kraf

3 Tips Bersihkan Dinding Rumah Warna Putih, Jangan Biarkan Kotor & Kuning!

21
SHARES
DINDING PUTIH

Masalah dinding putih rumah menjadi kotor adalah satu perkara biasa dan dialami oleh semua orang. Penjagaan rapi sangat penting agar dinding kekal bersih dan tidak meninggalkan sebarang kesan.

Jadi, bagi memastikan dinding putih kekal bersih, ada beberapa cara bersihkan untuk anda cuba seperti perkongsian di bawah. Mudah dan berkesan!

Baca juga: 3 Cara Hilangkan Kesan Karat Pada Pakaian, Guna Bahan ‘Rahsia’ Ini Mesti Menjadi!

CARA BERSIHKAN DINDING PUTIH RUMAH ANDA

DINDING PUTIH

1. Pencuci serbaguna

Gunakan pencuci serba guna dengan kain microfiber. Pilih pembersih serba guna yang mempunyai tekstur bersabun agar ia berfungsi untuk menghilangkan kotoran seperti kesan makanan dan minuman di dinding putih.

2. Sabun cuci pinggan dan span

Sapukan setitik sabun pinggan di bahagian dinding yang kotor. Kemudian, basahkan span gosok beberapa minit sehingga kotoran hilang. Ulangi proses ini sehingga dua atau tiga kali.

Sabun pinggan adalah pembersih yang sangat berguna untuk permukaan di sekeliling rumah.

3. Pes baking soda

Baking soda bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi berfungsi untuk menghilangkan kesan kotor pada dinding putih rumah.

Caranya adalah sediakan tiga sudu baking soda dan 1 sudu air. Kemudian, kacau sehingga sebati dan menjadi seperti pes. Sapukan pes tersebut pada dinding dengan menggunakan span.

Biarkan seketika dan lap menggunakan kain bersih sehingga kotoran hilang.

TIPS AGAR DINDING KEKAL BERSIH

– Bersihkan rumah dengan kerap kerap untuk mengelakkan kotoran daripada melekat ke dinding.

– Vakum dengan berhati-hati.

– Selalu cuci kipas siling agar debu tersebut tidak melekat pada dinding rumah.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 5 Cara Paling Mudah & Berkesan Halau Lalat Di Rumah, Confirm Tak Kena ‘Serang’ Dah!

Sumber: The Spruce

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×