DIY & Kraf

7 Cara Cuci Baju Sekolah Anak Guna Bahan Dapur, Hasilnya Putih Macam Baru Beli!

12
SHARES
CARA CUCI BAJU SEKOLAH

Sudah menjadi kebiasaan, baju sekolah anak pasti ada kesan kotoran setiap kali pulang ke rumah. Selain mencucinya seperti biasa, ibu boleh cuba cara cuci baju sekolah dengan menggunakan bahan dapur.

Antara bahanya adalah tepung, marjerin dan susu pekat. Walaupun agak pelik tetapi jangan risau kerana hasilnya seperti baru beli di kedai. Jom cuba!

Baca juga: 5 Cara Cuci Barang Kemas Di Rumah, Jimat Duit & Confirm Berkilat-Kilat!

CARA CUCI BAJU SEKOLAH ANAK GUNA BAHAN DAPUR

CARA CUCI BAJU SEKOLAH

1. Limau nipis

Cara cuci baju sekolah guna limau nipis adalah:

– Anda perlu merendam baju dalam air panas.

– Kemudian, perah beberapa biji limau nipis ke dalam air panas dan campurkan dengan sabun baju.

– Kacau dan rendam sehingga 1 jam. Cuci dan bilas seperti biasa.

2. Tepung

Seterusnya, tepung bukan sahaja digunakan dalam masakan tetapi juga boleh mencuci pakaian. Caranya:

– Campurkan beberapa sudu tepung dengan air. Kacau sehingga menjadi pes.

– Kemudian, sapu pes di pakaian yang terkena minyak. Biarkan seketika sebelum dicuci.

3. Marjerin

Selain menggunakan tepung untuk menghilangkan kesan minyak pada pakaian, marjerin juga mempunyai fungsi yang sama. Anda hanya perlu:

– Sapukan sedikit marjerin pada pakaian dan biarkan beberapa minit.

– Rendam baju dengan air suam dan bersihkan sapuan marjerin.

– Bilas dan cuci seperti biasa.

4. Susu pekat

Cara cuci baju sekolah anak yang terkena dakwat pen adalah dengan menggunakan susu pekat. Nampak macam pelik, tapi menjadi! Caranya:

– Ambil tiga sudu susu pekat dan campurkan dengan sedikit air.

– Biarkan bancuhan selama satu jam di pakaian dan cuci dengan sabun seperti biasa.

5. Sabun mandi

Sabun mandi jenis buku boleh menghilangkan kotoran degil. Ibu hanya perlu:

– Gosok sabun tersebut pada bahagian kotoran sehingga hilang dan cuci seperti biasa.

6. Perahan lemon

Perahan lemon berfungsi untuk memutihkan baju. Caranya mudah sahaja iaitu:

– Rendam baju di dalam air dan perahkan beberapa biji lemon.

– Rendam selama 10 minit dan cuci seperti biasa.

7. Pencuci pinggan

Kesan sambal yang terkena pakaian sekolah anak boleh dihilangkan dengan menggunakan sabun pencuci pinggan. Caranya:

– Sapu cecair pencuci pinggan di bahagian yang terkena sambal dan biarkan sehingga 15 hingga 20 minit.

– Kemudia, cuci seperti biasa.

Mudah kan? Semoga bermanfaat!

Baca juga: Cara Bersihkan Perabot Kayu Guna Cuka, Baru Kekal Berkilat & Habuk Susah Melekat!

Sumber: Sinar Bestari & Nordiyana Abu

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×