DIY & Kraf

Ini Cara Bersihkan Oven Paling Mudah, Tanpa Perlu Sental & Pasti Berkilat!

55
SHARES
CARA BERSIHKAN OVEN

“Kotornya, apa cara bersihkan oven ini. Penuh dengan kerak biskut!”

Sudah menjadi kebiasaan, bila tiba perayaan Aidilfitri pasti rata-rata mengambil peluang membuat biskut raya sendiri menggunakan oven. Penggunaan yang kerap boleh membuatkan ketuhar kotor dan sisa makanan melekat sehingga menjadi kerak.

Jangan risau jika perkara ini berlaku kerana ada cara bersihkan oven dengan mudah tanpa perlu menyental. Paling penting, semua kerak dapat dihilangkan. Jom cuba!

Baca juga: Baju Melayu Mula Berbulu Walau Pakai Kejap, Ini ‘Rahsia’ Cara Hilangkan. Mudah Je!

CARA BERSIHKAN OVEN DENGAN MUDAH, SEMUA KERAK KELUAR

CARA BERSIHKAN OVEN

1. Cabut plag oven

Sebelum mula membersihkan oven, pastikan ketuhar dalam keadaan sejuk dan cabut plag. Hal ini supaya proses pembersihan lebih mudah untuk dilakukan.

2. Keluarkan dan bersihkan setiap kompenan

Kebanyakan ketuhar mempunyai dulang memasak atau rak yang boleh dikeluarkan. Setelah dikeluarkan, basuh menggunakan air suam dan sabun.

Jika terdapat kerak makanan melekat, biarkan dulang tersebut direndam semalaman dalam air sabun untuk memudahkan pembersihan.

3. Goncang untuk keluarkan kotoran

Seterusnya, bawa oven ke sinki dan goncangkan agar semua sisa makanan yang ada di dalam dapat dibuang. Gunakan berus pastri untuk membuang makanan yang melekat pada permukaan berminyak.

4. Lap menggunakan cuku putih

Setelah itu, sediakan dua cawan air suam, beberapa titis cecair pencuci pinggan dan 1/2 cawan cuka putih dalam mangkuk kecil.

Guna cecair ini untuk mencuci seluruh oven seperti di bahagian pintu dan badan ketuhar agar kembali berkilat dan bersih.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan agar tidak mencuci di dalam oven menggunakan cecair di atas. Sebaliknya, jika terdapat makanan yang melekat, letak baking soda dan beberapa titis air. Kemudian gosok perlahan menggunakan span atau berus plastik.

Setelah itu, masukkan semula dulang yang sudah dibersihkan dan sedia untuk menggunakan oven semula.

Mudah sahaja kan? Selamat mencuba!

Baca juga: 3 Tips Bersihkan Dinding Rumah Warna Putih, Jangan Biarkan Kotor & Kuning!

Sumber: The Spruce

Kredit imej: The Spruce

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×