DIY & Kraf

Boleh Guna 3 Bahan Rahsia Ini Untuk Hilangkan Karat Pada Pisau, Tak Payah Beli Baru Dah

7
SHARES
KESAN KARAT PADA PISAU

Jika ada kesan karat pada pisau, jangan guna kerana ia boleh menyebabkan kesihatan terganggu. Namun, ini tidak bermakna anda perlu membuangnya kerana masih boleh diselamatkan dengan menggunakan tips di bawah.

Tips yang dikongsikan tidak memerlukan banyak bahan dan sudah pastinya ada di rumah anda. Ikuti penjelasan lanjut mengenai cara hilangkan kesan karat pada pisau.

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Idea Baju Lama Anak Jangan Buang Tapi Boleh Dijadikan Selimut

TIPS HILANGKAN KESAN KARAT PADA PISAU, MUDAH JE

KESAN KARAT PADA PISAU

Karat di permukaan pisau boleh dihilangkan dengan menggunakan bahan semula jadi iaitu jus buah lemon. Caranya mudah sahaja. Jom cuba!

1. Jus lemon

– Sedia jus lemon dan campurkan secawan air suam.

– Kemudian, masukkan pisau dan biarkan selama 10 minit.

– Selepas 10 minit, angkat pisau dan lap sehingga kering menggunakan kain bersih.

Rendaman ini boleh menanggalkan karat dan bintik-bintik hitam pada permukaan pisau.

2. Jus lemon & garam

Selain menggunakan jus lemon, anda juga boleh cuba menggunakan garam kasar untuk menghilangkan kesan karat pada pisau.

Caranya adalah:

– Sediakan jus lemon dan masukkan sedikit garam kasar.

– Pastikan bancuhan tidak terlalu cair.

– Ambil bancuhan dan gosokkan pada pisau. Lakukan dengan berhati-hati supaya tiada sebarang kecedaraan berlaku.

– Perlu diingatkan jangan gosok terlali lama kerana boleh menyebabkan kerosakan pada bilah pisau.

– Setelah selesai menggosok, ambil kain bersih dan lap perlahan-lahan.

3. Cuka

Cuka bukan sahaja boleh digunakan dalam masakan tetapi juga berfungsi untuk menghilangkan bintik-bintik karat pada pisau. Anda hanya perlu:

– Letakkan cuka secukupnya ke dalam bekas besar.

– Rendam pisau selama 3 jama atau semalaman. Pastikan seluruh bahagian pisau terendam di dalam cuka tersebut.

– Kemudian, gosok menggunakan pisau atau berus sehingga bersih.

– Setelah bersih, lap menggunakan kain kering.

CARA ELAK PISAU BERKARAT

Bagi mengelakkan pisau berkarat, pastikan anda basuh pisau menggunakan sabun sehingga bersih. Jangan simpan ketika masih basah.

Jika tempat lembap atau suhu bilik berubah secara drastik, pisau akan mudah berkarat akibat pemeluwapan. Jangan campurkan pisau berkarat kerana ia boleh merebak.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 5 Cara Cuci Barang Kemas Di Rumah, Jimat Duit & Confirm Berkilat-Kilat!

Sumber: Food Hacks & Global Kitchen Japan

Kredit imej: The Kitchn

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×