Famili

Hati-Hati Bila Anak Keluar Pakai Kasut Getah, Boleh Jadi Punca Kecederaan Di Eskalator!

26
SHARES
KASUT GETAH

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi milik Public Health Malaysia, ada satu pesanan untuk ibu bapa di luar sana agar sentiasa berhati-hati sekiranya anak kecil memakai kasut getah.

Jelasnya, penggunaan kasut getah meningkatkan risiko kecederaan lebih-lebih lagi apabila menaiki tangga bergerak (eskalator). Hal ini kerana kasut tersebut mudah terperangkap.

Baca juga: Jangan Marah Kalau Anak Tak Tahu Tolak/Tambah Dalam Matematik, Cuba Sistem Pranombor Ini

BAHAYA KALAU BIARKAN ANAK PAKAI KASUT GETAH

KASUT GETAH

Public Health Malaysia menjelaskan bahawa struktur dan reka bentuk kasut getah itu adalah lembut. Jadi, ia boleh menyebabkan kasut tersebut ‘dicengkam’ oleh eskaltor.

“Berhati hati jika anak kecil menggunakan kasut getah lembut dan menaiki tangga bergerak. Struktur kasut yang lembut dan mencengkam menyebabkan ia mudah terperangkap di bahagian sisi tangga bergerak (eskalator),” tulisnya.

Cengkaman tersebut sudah tentunya akan mengakibatkan kaki anak terperangkap masuk sehingga menyebabkan kecederaan serius.

“Hal ini boleh mengakibatkan kaki anak terperangkap masuk. Dalam kes yang serius, kaki anak boleh mengalami kecederaan teruk termasuk bahagian jari patah dan kecederaan lain,” ujarnya.

Jadi, cara terbaik untuk mengelakkan kaki dan tangan terperangkap apabila menggunkan kasut getah adalah:

  • Pastikan kaki anak berada di tengah tangga
  • Jauhkan kaki dari sisi tangga bergerak
  • Pastikan anak melangkah setelah sampai di tangga bergerak
  • Sentiasa alert dan berhati hati

Baca juga: Cara Mohon Kemasukan Prasekolah KPM, Dibuka Bermula 1 Mac Ini

Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Image: Reddit & Toko Indonesia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×