Nur

Solat Bertahun-Tahun Tapi Tak Diterima, Rupanya Sebab Salah Cara Sujud!

2
SHARES
CARA SUJUD YANG BETUL

Sujud merupakan salah satu rukun solat dan ini bermakna cara sujud yang betul perlu dititiberatkan agar solat sah dan diterima oleh Allah SWT.

Jika diperhatikan di majisd atau surau, masih ramai lagi yang tidak melakukan sujud dengan betul terutamanya kedudukan tapak tangan dan jari kaki.

Baca juga: Ustaz Azhar Idrus Jelas Hukum Suami Like Gambar Perempuan Lain Di Media Sosial, Jaga-Jaga!

CARA SUJUD YANG BETUL, BAHAYA KALAU SALAH

CARA SUJUD YANG BETUL

Syarat sah sujud adalah perlu menyentuh tempat sujud dengan dahi yang terdedah dan enam anggota badan yang lain.

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

أُمِرْتُ أَنْ أَسْجُدَ عَلَى سَبْعَةِ أَعْظُمٍ عَلَى الْجَبْهَةِ وَأَشَارَ بِيَدِهِ عَلَى أَنْفِهِ، وَالْيَدَيْنِ، وَالرُّكْبَتَيْنِ، وَأَطْرَافِ الْقَدَمَيْنِ

Maksudnya: “Aku diperintahkan sujud dengan tujuh tulang anggota, dengan dahi (sambil Baginda menunjukkan tangannya ke bahagian atas hidung), dengan dua tangan, dua lutut dan hujung kedua-dua belah kaki.” (Hadis Riwayat Bukhari (812) & Muslim (490)

Menerusi kitab Fiqh Mazhab Syafie, terdapat 7 syarat sah sujud iaitu:

  • Hendaklah ia sujud di atas tujuh anggota
  • Hendaklah dahinya terbuka
  • Meletakkan kepala sekira-kira dahi menempel (ada tekanan) pada tempat sujud.
  • Tidak ada niat lain selain sujud
  • Tidak sujud diatas barang yang bergerak dengan pergerakannya
  • Kedudukan punggung lebih tinggi dari kepala
  • Thama’ninah

7 anggota badan yang terlibat ketika sujud adalah:

Jadi, bagi memastikan sujud ketika solat itu sah, anda perlu ambil berat beberapa perkara di bawah:

1. Pastikan dahi terdedah ketika menyentuh tempat sujud.

2. Pastikan 7 anggota badan seperti senarai di atas terlibat ketika melakukan sujud.

3. Angkat bahagian punggung agar lebih tinggi daripada kepala. Hal ini sama seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

4. Pastikan tidak sujud di atas pakaian yang bergerak sehingga mengikut pergerakannya.

5. Tidak bertujuan yang lain selain daripada sujud.

6. Tekan dahi di tempat sujud sekiranya kapas atau seumpamanya yang diletakkan di bawah dahi tertindih dan meningggalkan kesan sujud yang jelas di atasnya.

7. Cara sujud yang lebih sempurna ialah dengan bertakbir ketika turun sujud, meletakkan dua lutut diikuti dua tangan kemudian dahi dan hidung.

Dua tangan pastikan terletak bertentangan dua bahu dengan jari-jari rapat ke arah kiblat. Jarakkan perut daripada dua peha, dan dua siku daripada lantai dan dua rusuk sambil bertasbih sebanyak tiga kali.

Surah Al-Hajj, ayat 77 menyatakan:

Wahai orang-orang yang beriman, rukuklah serta sujudlah (mengerjakan sembahyang), dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkanNya), serta kerjakanlah amal-amal kebajikan; supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat).

Baca juga: Ada Dua Doa Boleh Baca Untuk Naik Gaji, InsyaAllah Tahun Ini Dapat ‘Rasa’ Angka Baru

Sumber: Taqwa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×