Nur

Ustaz Azhar Idrus Jelas Hukum Suami Like Gambar Perempuan Lain Di Media Sosial, Jaga-Jaga!

25
SHARES
SUAMI LIKE GAMBAR PEREMPUAN

Penggunaan media sosial perlu lebih berhati-hati kerana kadang kala ia boleh meruntuhkan rumah tangga. Antara perbuatan yang perlu diambil berat adalah suami like gambar perempuan lain tetapi tidak menutup aurat dengan sempurna.

Walaupun ia kelihatan seperti tidak memberi sebarang masalah namum anda perlu tahu mengenai hukum sebelum melakukan sesuatu perkara.

Baca juga: Hukum Terus Tunaikan Solat Sunat Tanpa Berzikir Dan Berdoa, Ramai Yang Dah Buat

HUKUM SUAMI LIKE GAMBAR PEREMPUAN LAIN, JAGA-JAGA

SUAMI LIKE GAMBAR PEREMPUAN

Hukum suami like gambar perempuan lain dijelaskan oleh Ustaz Azhar Idrus (UAI) menerusi sebuah ceramah yang diadakan.

Soalan yang diajukan adalah:

“Apakah hukum suami saya tengok gambar perempuan lain dan dia like? Gambar tak tutup aurat tapi dia suruh saya tutup aurat.”

Persoalan di atas dijawab dengan menjelaskan bahawa berdosa jika seorang suami like gambar wanita yang tidak menutup aurat di media sosial.

Tambah UAI lagi, perbuatan itu dikira berdosa sekiranya suami meninggalkan tanda suka pada gambar kerana kecantikannya.

Namun, perkara ini tidak dianggap berdosa jika tanda like ditinggalkan atas kerana kandungan yang dipaparkan memberi manfaat seperti berkongsi resepi dan lain-lain.

“Jika suami like gambar di media sosial kerana perempuan itu cantik dan mendedahkan aurat, maka ia berdosa.

“Jika suami like kerana apa yang ditunjukkan oleh wanita itu betul seperti berkongsi resepi, maka dia like resepi dan bukan wanita itu. Jadi, ia tidak berdosa,” jelasnya menerusi video tersebut.

Walau bagaimanapun, sekiranya perkara ini menjadi keraguan hati isteri, maka ada baiknya jika si suami tidak meninggalkan sebarang tanda like di media sosial wanita lain.

“Sebaiknya tak perlu like kerana ia membuatkan isteri kita rasa ragu. Nabi kata kalau meragukan, tinggalkan perkara itu,” ulasnya dengan lebih lanjut.

Diharapkan perkongsian ini memberi manfaat buat semua orang di luar sana dan jaga-jaga ketika menggunakan media sosial. Ia boleh membawa kepada kemudaratan jika berlebihan sehingga lupa tanggungjawab masing-masing.

Baca juga: Ada Dua Doa Boleh Baca Untuk Naik Gaji, InsyaAllah Tahun Ini Dapat ‘Rasa’ Angka Baru

Sumber: YouTube Ustaz Azhar Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×