Nur

Ada Dua Doa Boleh Baca Untuk Naik Gaji, InsyaAllah Tahun Ini Dapat ‘Rasa’ Angka Baru

46
SHARES
DOA NAIK GAJI

Setiap pekerja sudah tentunya mengimpikan kenaikan pangkat dan gaji. Hal ini agar diri kekal bersemangat dan rasa dihargai. Selain melaksanakan tugas yang diberi dengan tulus, anda juga boleh baca doa naik gaji seperti di bawah ini.

Walapun doa yang dikongsikan oleh penulis bukanlah khusus untuk naik gaji tetapi ia tetap boleh dibaca agar sentiasa murah rezeki dan berpeluangan merasai kenaikan pada tahun ini.

Baca juga: Hukum Terus Tunaikan Solat Sunat Tanpa Berzikir Dan Berdoa, Ramai Yang Dah Buat

DOA NAIK GAJI DAN REZEKI SENTIASA MELIMPAH RUAH

DOA NAIK GAJI

Berikut adalah doannya:

اَللَّهُمَّ يَاغَنِيُّ يَاحمِيْدُ يَامُبْدِئُ يَامُعِيْدُ يَارَحِيْمُ يَاوَدُوْدُ اَغْنِنِى بِحَلاَلِكَ عَنْ حَرَامِكَ وَاكْفِنِى بِفَضْلِكَ عَمَّنْ سِوَاكَ وَصَلَّى الله عَلَى مُحَمَّدٍ وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ

Maksudnya: “Ya Allah, Wahai Yang Maha Kaya, Wahai Yang Maha Terpuji, Wahai Yang Mulia, Wahai Yang Kembali, Wahai Yang Maha Pemurah, Wahai Yang Maha Penyayang. Cukupkanlah kami dengan halal-Mu dari haram-Mu. Cukupkanlah kami dengan rahmat-Mu. dari selain-Mu. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW. keluarga dan para sahabatnya.”

Selain itu, boleh juga baca doa seperti disarankan di bawah ini supaya kerja yang anda lakukan akan lebih diberkati, berikut adalah doa yang boleh anda baca setiap kali pergi bekerja:

بسم اللّه على نفسي ومالي وديني، اللّهمّ رضّني بقضاءك وبارك لي فيما قدّرلي حتّى لَا ٱحبَّ تعجِيلَ مَا أخّرت ولَا تأْخير ما عجّلتَ

Bismillahi ‘ala nafsi wa mali wa dini. Allahumma Raddhini bi qada’ika wabarik li fima quddira li hatta la uhibba ta’jila ma akhkharta wa ta’khira ma ‘ajjalta.

Maksudnya: “Dengan nama Allah, atas diriku, hartaku dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang reda (menerima ketetapan-Mu dan berkatilah aku dengan rezeki yang Engkau tentukan agar aku tidak tergesa-gesa meminta sesuatu yang Engkau tangguhkan, atau menangguhkan sesuatu yang Engkau ingin segerakan.

Semoga bermanfaat dan diharapkan rezeki untuk naik gaji dapat dicapai tahun ini.

InsyaAllah dengan izinNya…

Baca juga: Dua Doa Paling Kerap Dibaca Oleh Rasulullah SAW, Jom Sama-Sama Hafal

Sumber: CNN Indonesia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×