Nur

Dua Doa Paling Kerap Dibaca Oleh Rasulullah SAW, Jom Sama-Sama Hafal

27
SHARES
DOA BACAAN RASULULLAH SAW

Umum mengetahui, doa merupakan senjata orang mukmim dan terdapat juga beberapa doa bacaan Rasulullah SAW yang paling banyak diamalkan oleh Baginda.

Perkara ini tertulis di dalam hadis yang diriwayatkan daripada Anas R.A. Ikuti ulasan lanjut artikel di bawah untuk mengetahui doa yang kerap dibaca oleh Baginda Rasulullah SAW. Rugi kalau tak amalkan!

Baca juga: 5 Punca Solat Tak Diterima Oleh Allah SWT, Ruginya Kalau Terlepas Pandang!

DOA BACAAN RASULULLAH SAW YANG SERING DIAMALKAN

DOA BACAAN RASULULLAH SAW

Menurut hadis daripada Anas R.A:

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Rabbana aatina fiddun ya hasanatan(nah) wafil’akhirati hasanatan(nah) waqina ‘azaban naar

Maksudnya: “Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

Menurut hadis daripada Anas R.A dan Ummu Salamah R.Anha:

يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِينِكَ

Yaa muqollibal quluub tsabbit qolbi ‘alaa diinika

Maksudnya: “Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”

Kedua-dua doa di atas antara yang kerap di baca oleh Rasulullah SAW. Namun ia tidak terbatas kepada dua doa sahaja. Anda digalakkan untuk mengamalkan semua doa yang ma’thur sebagaimana terkandung di dalam al-Quran dan hadis-hadis yang sahih.

Allah SWT suka hamba-hambaNya berdoa. Antara firman Allah SWT:

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ ۖ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ ۖ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya: “Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.” (Surah al-Baqarah: 186)

Semoga perkongsian kali ini memberi manfaat buat kehidupan seharian anda. Diharapkan juga agar semua doa dimakbulkan tepat pada masanya.

InsyaAllah, Amin…

Baca juga: Kelebihan Membaca 2 Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah Pada Waktu Malam

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×