Nur

Kelebihan Membaca 2 Ayat Terakhir Surah Al-Baqarah Pada Waktu Malam

2
SHARES
KELEBIHAN BACA SURAH AL-BAQARAH

Buat anda yang tidak tahu, terdapat banyak kelebihan baca surah al-Baqarah 2 ayat terakhir pada waktu malam. Hafal, fahami dan amalkan surah ini dalam kehidupan seharian anda.

Pasti akan merasai perbezaan dan kehidupan lebih tenang. Selain itu, antara kelebihan yang lain adalah memelihara diri dari sebarang kejahatan.

Baca juga: “eee Gemuk dan Muka Macam Bibik” – Ini Hukum Mencela Fizikal Orang Lain, WAJIB BACA!

KELEBIHAN BACA SURAH AL-BAQARAH 2 AYAT TERAKHIR

KELEBIHAN BACA SURAH AL-BAQARAH

Daripada Abu Mas’ud RA bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ البَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ

Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca dua ayat terakhir dari surah al-Baqarah pada waktu malam telah cukup baginya dengan keduanya.” Riwayat al-Bukhari (5009)

Berdasarkan hadis di atas, dapat difahamkan bahawa Rasulullah SAW mengajar kita antara bacaan yang boleh diamalkan setiap malam adalah dua ayat terakhir surah al-Baqarah ayat 285 dan 286.

Imam al-Nawawi menjelaskan bahawa dengan membaca 2 ayat terakhir itu dapat memelihara diri dari kejahatan syaitan, kebinasaan dan membawa makna kesemuanya sekali.

Antara makna telah cukup baginya di dalam hadis di atas sebagaimana yang disebutkan oleh Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani di dalam kitabnya ketika mensyarahkan hadith ini terbahagi kepada beberapa makna:

– Telah cukup baginya qiyamullail (bangun di tengah malam untuk beribadah)

– Telah cukup baginya untuk membaca al-Quran sama ada di dalam atau di luar solat.

– Telah cukup baginya perkara-perkara yang melibatkan aqidah kerana ayat tersebut menceritakan tentang keimanan dan amalan secara umum.

– Telah cukup baginya (terselamat) daripada segala keburukan.

– Telah cukup baginya (terselamat) daripada keburukan syaitan.

– Telah menolak keduanya (ayat tersebut) daripada keburukan manusia dan jin.

– Telah cukup baginya untuk mendapatkan kebaikan daripada keduanya.

Jangan lepaskan peluang mengamalkan bacaan 2 ayat ini, memandangkan ia amat mudah untuk diamalkan, mempunyai kelebihan yang amat banyak dan lebih-lebih lagi ia bersumberkan dari hadis sahih riwayat Imam al-Bukhari.

Baca juga: 5 Punca Solat Tak Diterima Oleh Allah SWT, Ruginya Kalau Terlepas Pandang!

Sumber: Facebook Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×