Nur

“eee Gemuk dan Muka Macam Bibik” – Ini Hukum Mencela Fizikal Orang Lain, WAJIB BACA!

6
SHARES
MENCELA FIZIKAL ORANG LAIN

Umum mengetahui, sebagai umat Islam perbuatan mencela fizikal orang lain perlu dijauhkan. Hal ini kerana rata-rata pengguna di media sosial zaman sekarang, mengambil ringan perkara ini dan sering menghina tubuh orang lain.

Setiap yang diciptakan oleh Allah SWT sebaik-baik kejadian dan jangan sesekali berkata negatif kerana ia boleh membuatkan hati seseorang terguris.

Baca juga: Doa Meminta Rezeki Tunaikan Umrah Dan Haji, Semoga Dapat Jadi TetamuNya…

HUKUM MENCELA FIZIKAL ORANG LAIN, JANGAN AMBIL MUDAH

MENCELA FIZIKAL ORANG LAIN

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami menciptakan manusia itu sebaik-baik kejadian.” (Surah at-Tin, ayat 4)

Selain itu, ketika zaman Rasulullah SAW, terdapat seorang sahabat bernama Abdullah bin Mas’ud RA.

Beliau dikatakan memiliki betis yang kecil dan ketika sedang mengambil ranting, angin kuat dan menyebabkan betis kecilnya kelihatan.

Lalu sahabat Nabi tertawa dan Baginda menegur perbuatan itu dengan bersabda yang bermaksud,

“Apa yang membuat kalian ketawa?”

Mereka berkata, “Wahai Nabi Allah kerana kedua-dua betisnya yang kurus.”

Nabi SAW bersabda:

“Demi Dzat yang jiwaku berada di tangannya sungguh kedua-dua betis itu lebih berat di timbangan daripada Gunung Uhud.”

Hadis tersebur jelas menunjukkan bahawa menghina dan mencela fizikal orang lain adalah satu perbuatan yang diharamkan.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah suatu kaum menghina kaum yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang dihina itu) lebih baik daripada mereka (yang menghina), dan jangan pula wanita-wanita (merendah-rendahkan) wanita lain (kerana) boleh jadi wanita-wanita (yang dihina itu) lebih baik daripada wanita (yang menghina) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri dan janganlah kamu panggil- memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk-buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah beriman dan barangsiapa yang tidak bertaubat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (Surah al-Hujurat, ayat 11)

Kesimpulannya, kita perlu menjauhkan diri daripada perkara-perkara negatif yang boleh menyakiti hati sesama saudara seagama.

Peliharalah tutur kata dan lidah daripada mengucapkan perkataan menghina kepada orang lain.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 5 Punca Solat Tak Diterima Oleh Allah SWT, Ruginya Kalau Terlepas Pandang!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×