Nur

Doa Meminta Rezeki Tunaikan Umrah Dan Haji, Semoga Dapat Jadi TetamuNya…

45
SHARES
DOA MEMINTA REZEKI

Setiap umat Islam pasti mempunyai impian yang sama iaitu ingin menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Bagi memudahkan urusan, terdapat satu doa meminta rezeki untuk tunaikan umrah atau haji boleh dibaca.

Doa pendek seperti dikongsikan di bawah diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu untuk merealisasikan impian anda. Paling penting, kena sentiasa berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

Baca juga: Doa Ketika Ditimpa Musibah Supaya Digantikan Dengan Nikmat Lebih Baik

DOA MEMINTA REZEKI UNTUK TUNAIKAN UMRAH/HAJI

DOA MEMINTA REZEKI

Doa dalam rumi:

Allahummarzuqnaa ziyarata baitika al-mu’azzami wa rasulikal mukarrami fii hadzal ‘aami wafi kulli ‘aami bi ahsanil hal

Maksudnya:  “Ya Allah, berikanlah kami rezeki untuk ziarah rumah-Mu yang mulia, rasul-Mu yang mulia, pada tahun ini, pada setiap tahun, dalam sebaik-baik keadaan.”

Selain itu, boleh juga baca doa lain seperti di bawah:

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ. رَبَّنَا وَاجْعَلْنَا مُسْلِمَيْنِ لَكَ وَمِن ذُرِّيَّتِنَا أُمَّةً مُّسْلِمَةً لَّكَ وَأَرِنَا مَنَاسِكَنَا وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنتَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ

Rabbana taqabbal minna innaka anta sami’ul alim rabbana waj’alna muslimaini laka wamin zurriyatina ummatam muslimatan laka wa’arina manasikana wa tub’alaina innaka anta tawwabur rahim

Maksudnya: “Ya Tuhan kami semoga Engkau menerima (amalan ibadah kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”

Semoga perkongsian doa meminta rezeki untuk menunaikan umrah/haji ini dapat menjadikan kita tetamu Allah dalam masa terdekat.

Baca juga: Ustaz Kongsi Tanda Kedai Makan Guna Pelaris & Cara Hindar Daripada Terkena Jin

Sumber: Bidadari House

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×