Nur

Ustaz Kongsi Tanda Kedai Makan Guna Pelaris & Cara Hindar Daripada Terkena Jin

12
SHARES
KEDAI MAKAN GUNA PELARIS

Walaupun sudah tahun 2023, namun sesetengah kedai makan guna pelaris sehingga kini demi mengaut keuntungan dan bersifat dengki dengan perniaga lain.

Bagi anda yang suka makan di luar, perlu lebih berhati-hati dalam memilih kedai dan boleh ikut cara yang dikongsikan oleh Pusat Rawatan Al Idrus agar terhindar dari jin pelaris.

Baca juga: Jom Baca Doa Hujung Tahun Ini, Semoga Tahun 2024 Memberi Kehidupan Yang Lebih Baik

TANDA KEDAI MAKAN GUNA PELARIS & CARA ELAK TERKENA

KEDAI MAKAN GUNA PELARIS

Hari ini nak share tanda-tanda kedai makan ada pelaris. Hal ini sangat penting bagi mereka yang suka makan di luar kerana kesan dari memakan makanan yang berpelaris akan menyebabkan kesihatan dan ibadah kita akan terganggu.

Kenapa macam itu? Kerana selalunya jin pelaris akan meludah dan menjilat makanan kita. Sudah pastilah makanan itu kotor. Dari pandangan mata zahir kita tak nampak namun bagi yang boleh melihat, sudah pasti sangat jijik.

Kenapa mereka pakai pelaris? Itulah kepercayaan mereka untuk mengaut keuntungan dan memastikan pelanggan berselera tampa mengira batas keimanan demi dunia yang sementara ini.

Dari mana mereka dapat pelaris? Selalunya mengikut pengalaman pesakit ustaz shafiq mujahid. Kebanyakan dari negara luar. Mereka ada menyediakan bahan dan kaedah untuk buat pelaris.

Selalu bahan apa di gunakan? Ada pelbagai bahan yang mereka gunakan. Antaranya tangkal digantung, dimasukkan serbuk khusus dalam makanan, dan yang paling jijik ada yang gunakan seluar dalam dan baju dalam dimasukan dalam sup atau gulai.

Macam mana nak terhindar dari jin pelaris? Ada cara sebenarnya, ustaz nak share sedikit kaedah dan petua.

1. Melangkah ke dalam kedai dengan memberi salam dan membaca bismillah 5. Jika ada pelaris anda pasti akan rasa makanan tak sedap. Padahal orang lain makan berselera.

2. Baca bismillah 5 sebelum makan dan tiup dalam makanan atau minuman. Selalunya jika ada pelaris maknan atau gelas itu akan nampak hal pelik-pelik.

Semoga bermanfaat dan hati-hati bila makan di luar.

Baca juga: Hukum Perempuan Mandi Kolam Di Tempat Awam & Bercampur Dengan Lelaki

Sumber: Facebook Pusat Rawatan Al Idrus

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×