Famili

Ustaz Elyas Kongsi Tiga Perkara Boleh ‘Rosakkan’ Hidup Seorang Suami

57
SHARES
suami yang curang

Baru-baru ini seorang pendakwah terkenal, Ustaz Elyas Ismail tampil berkongsikan sebuah video berkenaan tiga perkara yang boleh merosakkan hidup seorang suami di laman Instagramnya. Antaranya adalah tingkah laku suami yang curang.

Justeru itu, mari lihat penjelasan lanjut daripada Ustaz Elyas di bawah ini. Semoga pasangan berkahwin di luar sana, dihindari dari masalah yang boleh menggugat ketenteraman rumah tangga anda.

Baca juga: Tolak Tepi Trend Pakai Baju Selak Pep*t, Ustazah Tegur Banyakkan Fesyen Muslimah Yang Sopan

TIGA PERKARA BOLEH ‘ROSAKKAN’ HIDUP SEORANG LELAKI

suami yang curang

SUAMI YANG CURANG DAN…

“Tiga perkara yang akan merosakkan hidup seorang lelaki, mahupun suami, mahupun ayah.

“Pertama sekali adalah, apabila dia terlibat dengan soal wanita dia cinta ketiga ke, kayu tiga ke, atau pun curang. Ingat kita ini suami, jangan buat benda tak elok belakang-belakang walau orang tak nampak, Allah nampak,” ujarnya.

Selain itu, yang kedua beliau menyatakan berkenaan soal kuasa dan harta antara tiga perkara yang boleh merosakkan hidup seorang lelaki.

“Yang keduanya apabila dia terlibat dengan masalah gila kuasa, gila pangkat, nak mengejar kuasa, nak mengejar jawatan dan pangkat, ia juga boleh menghancurkan hidup seorang lelaki mahupun seorang suami.

“Dan yang ketiganya adalah, apabila dia sibuk sangat dengan harta, perniagaannya, mengejar keuntungan dan sebagainya sampai lupakan keluarga, lupakan amalan agama, masa berkualiti dengan keluarga,” jelasnya.

Malah, beliau turut menasihatkan buat dirinya sendiri dan para suami di luar sana agar sentiasa beringat.

“Ramai sudah lelaki yang kecundang hidupnya hanya kerana 3 perkara ini, pesanan buat saya juga, moga beringat dan pesan-pesanlah buat suami-suami tersayang kita,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan pesanan yang dikongsikan oleh Ustaz Elyas Ismail yang boleh dijadikan sebagai panduan buat diri supaya tidak terlupa diri.

“Betul Ustaz. 3 ت yg boleh merosakkan lelaki ( wanita, takhta dan harta),” kata seorang pengguna di ruangan komen.

VIDEO PENUH:

Sumber: Instagram Ustaz Elyas Ismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×