Dugaan hidup berumah tangga tidak sah jika tiada sedikit pergolakkan. Ujian datang bukan untuk meruntuhkan tapi untuk mengeratkan lagi hubungan kasih-sayang, mematangkan diri dalam membuat keputusan dan buat kita lebih mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam.
Cumanya, pergolakkan itu boleh ditepis jika kita tidak memberi peluang atau menciptanya sendiri. Perkara ini dikongsikan oleh Farizal Radzali menerusi penulisannya di laman muka buku.
Berkisarkan tingkah pasangan itu sendiri yang menerima ‘sifat prihatin’ dihulur oleh orang luar sehingga mencipta kesan buruknya di kemudian hari.
Baca juga: 5 Aktiviti Yang Jarang Dilakukan Oleh Pasangan Suami Isteri Zaman Sekarang
“MULA-MULA KASIHAN, LAMA-LAMA KASIHKAN..”
Selalunya ia bermula dengan kisah pendek, sesaat cuma.
- “Laa, konyoknya baju. Takde org tolong gosok ke?” saja gurau.
- “Kesiannya tunggu teksi sampai jauh malam ni, suami tak boleh ambilkan ke?” tunjuk perihatin.
- “Sebelum pergi kerja tadi tak sarapan ke?” kesian member lapar.
- “Takpelah, alang-alang dah satu jalan, meh la saya tumpangkan,” gentleman.
Nampak macam biasa saja. Tapi impaknya mungkin besar.
- “Isteri saya sibuk urus anak-anak, tak sempat gosok baju,”
- “Suami saya malas nak tempuh jem untuk ambil saya kat sini, terpaksa la naik teksi,”
- “Isteri saya bangun lambat, tak sempat buat sarapan,”
- “Haah, boleh juga. Nanti saya bayar duit minyak kereta,”
Maka, bermulalah. Dialog akan berlarutan. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Saya pernah bertemu seorang wanita baik, suaminya juga seorang yang baik. Masing-masing saling mempercayai. Masing-masing saling memahami. Masing-masing bertolak ansur.
Entah di mana silapnya, si suami main kayu tiga, ditangkap khalwat dengan isteri orang, yang juga merupakan rakan sekerja.
Ada juga kes, sama mcm tu. Suami isteri baik. Tiada kekurangan, harta, anak, bahagia, semua cukup. Tapi isteri bercinta dengan si bujang di tempat kerja. Kenapa jadi macam itu?
Semuanya bermula dengan ‘takda niat’. Kesian, perihatin, ambil berat, ingin membantu. Lama-lama hati menjadi cair. Mulalah rasa kenalan baru ni lebih ambil berat, lebih perihatin, lebih baik.
Kalau suami sendiri, kita pakai baju baru pun tak perasan. Dia buat dek je. Bila tanya cantik tak, dipandang endah tak endah dengan jawapan acuh tak acuh.
Tapi dengan kenalan baru ni, belum sempat kita cakap lagi dia dah tegur, cantiknya you pakai baju warna mcm ni. Hmmmm…
Bagi suami pulak, isteri sendiri pagi-pagi takdan duduk makan sarapan sama-sama. Tapi kat office, ada orang temankan sarapan. Balik rumah isteri tak tanya pun suami, awak okay ke? Kerja kat office okay? Sibuk dengan anak-anak.
Tapi kat office, muka sedih sikit, dah ada orang perasan. Bagi kata-kata semangat, tenangkan hati. Hmmmm…
Segalanya tentang hati. Kuat atau tak, bukan bagaimana kita lari setelah terlanjur menyukai yang tak sepatutnya. Tapi bagaimana kita tak memulakan dari awalnya.
Buat baik berpada-pada. Segala perbuatan, perasan & empati, ada hadnya. Semua ada had. Jangan sesekali melepasi had.
- Suami, tak perlu nak kasihan dekat isteri orang lain.
- Isteri, tak perlu nak kasihan dekat suami orang lain.
- Anak gadis, tak perlu fikirkan kesusahan suami orang.
- Anak teruna, tak perlu fikirkan kesusahan isteri orang.
Kalau kasihan, ingin bantu, carikan ruang atau peluang lain untuk mereka dibantu. Mula-mula kasihan, lama-lama kasihkan. Dah banyak terjadi.
Dalam pada itu, di ruangan komen beliau, terdapat banyak maklum balas yang diterima daripada pengikutnya yang bersetuju dengan penulisan ini. Antaranya:
Sumber: Facebook Farizal Radzali