Famili

5 Aktiviti Yang Jarang Dilakukan Oleh Pasangan Suami Isteri Zaman Sekarang

17
SHARES

Dalam alam perkahwinan, kebiasaannya kehidupan pengantin baru masih lagi dipenuhi dengan keindahan untuk melakukan aktiviti bersama pasangan.

Namun, apabila sudah lama hidup berpasangan kadang-kala kita sudah tidak kisah dan tidak lagi memberi perhatian untuk melakukan sebarang aktiviti bersama lagi.

Baca juga: Ini Panduan Temujanji HIV Di MySejahtera Buat Bakal Pengantin

5 AKTIVITI YANG JARANG DILAKUKAN OLEH PASANGAN SUAMI ISTERI ZAMAN SEKARANG

Oleh itu, mari kita sama-sama baca hasil perkongsian Nur Sumayyah mengenai 5 perkara yang jarang suami isteri zaman sekarang lakukan bersama.

1. SOLAT BERJEMAAH

Sekarang ini, susah nak ada pasangan yang mampu berjemaah bersama secara istiqomah. Mungkin subuh tak sempat sebab masinng-masing sibuk bersiap nak keluar cari rezeki. Zohor dan Asar pula solat di tempat kerja.

Tapi untuk Maghrib dan Isyak, kebanyakkan pasangan sudah ada di rumah. Suami tetap solat sendiri, isteri juga solat sendiri.

Suami dan isteri berjemaah sekali untuk solat fardhu sudah sangat rare, sukar dicari. Paling merisaukan ialah ada di antara pasangan di luar sana yang isi rumahnya langsung tidak solat. Sejadah hanya terlipat kemas dalam almari.

2. MAKAN SEMEJA

Masa makan ni, saya percaya mungkin ramai yang masih mengamalkan makan bersama-sama. Tetapi ada keluarga yang dah lama tak duduk semeja, makan bersama-sama.

Kadang-kadang anak-anak makan dulu, habis anak-anak makan ibu pulak makan, kejap lagi abah balik kerja abah makan seorang.

Kemeriahan makan semeja sesama keluarga itu tak di rasai sebab masing-masing nak cepat, masing-masing ada hal lain untuk dibuat seperti si ayah mintak anak hulurkan lauk itu, si anak mintak ibu tambahkan nasi tuangkan air.

3. MENONTON TELEVISYEN BERSAMA

Walaupun TV dibuka, walaupun ada rancangan dikaca TV, tapi mata yang memandangnya mungkin sepasang dua sahaja.

Yang lain matanya kekal dengan skrin telefon walaupun semua org di ruang tamu. Tiada gelak tawa bila rancangan itu lawak, tiada yang menutup mata dan muka bila cerita itu seram.

Suasana menonton televisyen kini dah macam dalam perpustakaan, senyap dan sunyi tanpa reaksi sebab masing-masing buat hal sendiri.

4. GOTONG-ROYONG BERSIHKAN RUMAH BERSAMA

Suami, isteri, anak-anak semua turun padang, semua buat kerja dan tak menghadap telefon. Semua ada tugas masing-masing dan perkara yang perlu disiapkan.

Si abah membersihkan penghawa dingin dan kipas rumah, si ibu menyapu sampah, si anak mencuci tandas dan mengemas rumah.

Indahnya kerjasama dalam keluarga dengan gotong royong, namun ianya mungkin dah “ketinggalan” zaman.

5. BUAT AKTIVITI ATAU RIADAH

Luang masa bersama, buat aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan suami isteri dan kekeluargaan. Kalau dulu kita bleh main monopoly, saidina, congkak, dam tapi sekarang mainan ni dah tiada pun dalam rumah masing-masing.

Nak jumpa laki bini main badminton pun susah, nk jumpa ayah main bola dengan anak pun susah. Ayah main mobile legend, ibu candy crush, anak PUBG.

Banyak rumah tangga dan keluarga yang macam ini zaman sekarang. Semoga para pembaca dapat mengubah mana yang kurang dan yang baik masih diteruskan.

Sumber: Facebook Nur Sumayyah via Tips Persiapan Perkahwinan 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×