Famili

Sayang Dan Setia, Bolehkah Ia Dipaksa? Ini Jawapannya…

34
SHARES

Sayang dan setia merupakan persoalan yang selalu saja bermain di benak fikiran, bolehkah ia dipaksa? Melalui catatan yang pernah dibuat oleh Puan Normaliza Mahadi pada 5 tahun lalu yang dikongsikan semula ini, sayang dan setia tidak mungkin boleh dipaksa.

Anda yang mempunyai pasangan yang mencurah sayang dan setia, bersyukurlah kerana nilai ini tidak dapat dibeli mahupun dicari. Manakala buat individu yang memperoleh sebaliknya, pasangan curang bukan kerana kekurangan anda tetapi kekurangan iman pada dirinya sendiri.

Baca juga: Kebaikan Berpelukan Suami Isteri, Bukan Sekadar ‘Hint’ Nak Bersama Saja…

JAWAPANNYA TAK MUNGKIN

Sekadar gambar hiasan: Pinterest.

5 tahun dulu saya tulis post ini. Saya share kembali untuk bacaan followers baru saya. Moga bermanfaat.

SAYANG DAN SETIA, BOLEHKAH IA DIPAKSA?

Bolehkah kita memaksa orang untuk menyayangi dan setia dengan kita?

Jawapannya tak mungkin.

Sayang dan setia lahir dari keimanan dan dilahirkan dalam bentuk sayang dan setia seseorang itu kepada kita. Perkara ini tidak boleh dipaksa atau dirayu. Jauh sekali dibantu oleh jampi atau air penawar yang dibeli dari bomoh dan dukun.

Sayang dan setia ini adalah ‘rezeki’ yang kadangkala kita tak perasan. Kita kadangkala cuai untuk bersyukur apabila menerima sayang dan setia daripada pasangan. Sesiapa yang terasa, silakan. 

Kepada yang dapat pasangan yang mencurah sayang dan setia, bersyukurlah. Nilai ini tidak dapat dibeli mahupun dicari. Ia datang sendiri.

BUAT MEREKA YANG TIDAK DAPAT SAYANG DAN SETIA DARI PASANGAN…

Sekadar gambar hiasan: Google.

Kepada yang tidak dapat sayang dan setia dari pasangan, inilah renungannya.

Curang pasangan bukan kerana kekurangan anda tetapi kekurangan iman dirinya sendiri. Dia curang kerana dia telah membuat keputusan untuk curang.

Pasangan anda yang tidak setia itu telah dewasa untuk membuat pilihan. Dia pilih untuk curang.

Jangan juga disalahkan pihak ketiga. Pihak ketiga hanya pelakon tambahan. Hero atau heroinnya adalah pasangan yang mahu curang walau tahu risiko yang mendatang. 

JANGAN JADIKAN ANAK SEBAGAI ALASAN SEKIRANYA INGIN TERUSKAN PERKAHWINAN

Gambar hiasan: Sandy Millar – Unsplash.

Dan jika anda berhasrat untuk meneruskan perkahwinan kerana nampak cahaya di hujung jalan, lakukan kerana anda mahukan perkahwinan. Jangan jadikan anak sebagai alasan.

Jika diberikan pilihan, mungkin anak juga sebenarnya tidak mahu tersepit di tengah perjalanan. Mereka mahu seseorang yang beriman untuk dijadikan contoh dan teladan. 

BERIKAN PASANGAN MASA UNTUK BERUBAH SEKIRANYA MEMILIH UNTUK BERTAHAN

Untuk meneruskan perkahwinan, berikan pasangan anda masa untuk perubahan. Beritahu dia bahawa anda masih mahu bertahan dengan bantuan.

Jika sampai masa yang dijanjikan, setianya tetap curang. Buatlah pilihan. Jika meninggalkan pasangan boleh membawa ketenangan, mengapa masih mahu meneruskan perkahwinan? 

DALAM PROSES PENCERAIAN YANG MENYAKITKAN, ADA ‘HARGA’ PERLU DIBAYAR

Sekadar gambar hiasan: Google.

Namun, mahu saya ingatkan, proses penceraian dan meninggalkan pasangan bukan semudah yang dijangkakan. Ada harga yang perlukan pembayaran. Emosi anak perlukan belaian dan emosi sendiri perlukan juga pembelaan. 

Proses ini proses yang menyakitkan. Ada yang kuat dan ada yang lemah di pertengahan jalan.

Apapun sebelum buat keputusan, istiqarahlah untuk buat penunjuk jalan. Allah ada bersama orang beriman, InsyaAllah.

Bila hidung tak mancung, pipi tak perlulah tersorong-sorong. Kita dilahirkan dengan harga bukan murahan. Merayu tak selesaikan keadaan. Dia yang curang, dia yang kecundang!

Hidup bukan bergantung kepada pasangan, jangan bimbang tentang rezeki kerana Allah yang tentukan.

Sumber: Facebook Normaliza Mahadi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×