Nur

Penjelasan Tentang Hukum Makan Dahulu Bayar Kemudian, Macam Ini Rupanya!

2
SHARES
MAKAN DAHULU BAYAR KEMUDIAN

Perbuatan makan dahulu bayar kemudian di gerai atau restoran menimbulkan tanda tanya mengenai hukum. Hal ini kerana risau makanan tersebut dicas dengan harga lebih mahal dan tidak disetujui oleh pembeli.

Umum mengetahui bahawa setiap jual beli di dalam Islam perlu berdasarkan keredaan antara dua belah pihak. Jadi, ikuti penjelasan lanjut di bawah mengenai hukum makan dahulu bayar kemudian.

Baca juga: 7 Amalan Bulan Rejab Yang Dianjurkan Dalam Islam, Rebut Pahala Ini…

HUKUM MAKAN DAHULU BAYAR KEMUDIAN, INI PENJELASANNYA

MAKAN DAHULU BAYAR KEMUDIAN

Soalan:

Adakah dibolehkan makan dahulu bayar kemudian kerana kita tidak mengetahui harga sebenar yang memungkinkan kita tidak bersetuju dengan nilai harga yang diberikan kelak?

Urusan jual beli di dalam Islam melibatkan 3 rukun utama iaitu:

– Pihak yang melakukan akad, iaitu penjual dan pembeli.

– Barang yang diakadkan, iaitu barang jualan dan wang yang dijadikan tukaran.

Lafaz akad, iaitu lafaz jual dan beli.

Rasulullah SAW bersabda:

إنَّمَا الْبَيْعُ عَنْ تَرَاضٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya jual beli itu apa yang diredhai oleh pembeli dan penjual.” Riwayat Ibn Hibban (4967)

Jadi, dalam setiap transaksi kedua-dua pihak perlu mengetahui harga agar tidak kecewa atau tidak berpuas hati. Walau bagaimanapun, sesetengah urus niaga seperti bai’ al-istijrar yang bermaksud pembeli berurus niaga dengan penjual, membeli barang atau mengambil barang tanpa mengetahui harganya. Harga dimaklumkan dan dipersetujui kemudian, walaupun selepas item itu dipakai atau digunakan atau dimakan (jika makanan).

Seperti soalan di atas, jika pembeli tidak mengetahui harga makanan tersebut, maka ia dibenarkan untuk makan terlebih dahulu.

Perbuatan makan dahulu sebelum bayar tidak termasuk gharar walaupun tidak diketahui atau harga belum dipersetujui terlebih dahulu.

Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk menggunakan kaedah makan dahulu sebelum bayar, maka perlu diikat dengan beberapa syarat seperti di bawah:

– Penjual mestilah mempamerkan dan memaklumkan harga makanan tersebut jelas dan tiada sebarang unsur keraguan padanya.

– Harga makanan itu mestilah diketahui dengan jelas oleh pelanggan sebelum memakan makanan tersebut

– Pihak penjual dan pelanggan mestilah berpuas hati dan meredhai kaedah ini.

Jika ingin mengelakkan sebarang masalah, boleh amalkan konsep bayar dahulu sebelum makan.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ustazah Asma’ Harun Kongsi Doa Hadapi Peperiksaan Untuk Amalan Ibu Ayah & Pelajar

Sumber: Maktabah Al Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×