Famili

Mala Mala, Port Makan Konsep Baru Yang Sedap Di Putrajaya. Sesuai Untuk Family Gathering!

13.6K
SHARES

“Makan mana hari ni?”

Soalan paling susah apabila mahu ajak keluarga atau kawan-kawan untuk makan di luar. Bukan apa, Malaysia memang terkenal dengan pilihan kedai makan yang pelbagai. Sampai tidak tahu mahu pilih yang mana. Kalau diikutkan, semua pun sedap.

Baru-baru ini kami telah mencuba sebuah restoran terbaru di Putrajaya untuk berbuka puasa. Restoran ini sangat disyorkan untuk anda yang mahukan suasana kondisif dan selesa untuk family gathering. Anda sekeluarga pasti puas hati. Nama pun senang ingat tau.

Mala Mala, rasai masakan penuh aroma yang unik & istimewa

Jika anda peminat makanan pedas, bolehlah datang ke Mala Mala di IOI Mall Putrajaya bersama keluarga. Di sini, anda boleh menikmati masakan yang penuh dengan aroma. Peminat yong tau foo juga pasti suka dengan restoran ni. Agak-agak, bagaimana masakan di Mala Mala ni ya?

Di IOI Mall Putrajaya, Mala Mala ni terletak agak hujung sedikit. Berdekatan gelanggang ice skating. Senang cerita, bila dah sampai, anda hanya perlu ke tingkat 2 dan pergi ke bahagian gelanggang ice skating. Dari jauh dah boleh nampak nama restoran ni.

Suasana restoran yang luas & selesa untuk makan beramai-ramai

Bahagian depan Mala Mala ini nampak cantik bukan? Sesetengah orang tidak suka makan di restoran yang sempit. Dahlah susah bergerak, serabut pula. Tapi anda tidak perlu risau! Restoran Mala Mala ni luas dan selesa untuk makan beramai-ramai tau.

Dah tunjuk gambar ni, baru anda percaya cakap kami bukan? Nak bawa satu keluarga makan di sini pun boleh. Tiada masalah! Dah puas tengok suasana restoran yang cantik ni, mari kita pilih makanan!

Pilihan bahan yang pelbagai, sangat puas hati!

Mula-mula pening sedikit caranya. Sebab first time. Rupanya senang saja. Boleh pilih sama ada anda mahu ambil mangkuk untuk sayur, mangkuk untuk daging atau kedua-duanya sekali. Cara ini memudahkan bagi mereka yang vegetarian. Bagusnya!

Banyak pilihan sayur, bebola, mi, ayam, daging dan makanan laut. Ada dalam 60 jenis. Macam-macam ada. Kalau pandai pilih bahan, memang hasil puas hatilah nanti. Selesai pilih, bawa ke kaunter untuk ditimbang dan dikira. Jom!

Empat tahap kepedasan, anda mampu tahan yang mana satu?

Inilah perkara paling menarik tentang Mala Mala. Selepas selesai pilih bahan, anda akan pilih tahap kepedasan yang anda inginkan. Ada Rempah Je, Pedas Sikit, Pedas Sangat atau Pedas Giler. Nanti mereka yang akan gorengkan untuk anda. Mahu ambil yang mana satu ya?

Jika tidak sukakan pedas, bolehlah ambil Rempah Je. Walaupun tidak pedas, boleh rasa rempahnya. Sesuailah untuk kanak-kanak. Seorang daripada kami cuba Pedas Giler. Tidak berhenti makan sampai bibir kebas. Kalau berani, cubalah. Serius puas hati!

Bukan itu saja, anda juga boleh pilih mahu makan dengan nasi atau mi. Kalau tidak mahu pun tidak mengapa. Ada antara kami yang pilih Rempah Je untuk dimakan bersama mi. Bila makan, tak sangka kombinasinya sangat kena dengan tekak. Yummy!

Paling unik, makanan di Mala Mala dihidangkan secara bergoreng di dalam pot khas Mala Mala. Pot yang sangat besar. Puas juga kalau kongsi makan berdua. Mereka turut hidangkan sup hangat untuk anda. Tak adalah rasa kering sangat waktu makan tu.

Minuman herba & soya buatan sendiri. serius sedap!

Orang kata kalau nak hilangkan pedas, minum air soya. Alang-alang kami dah nampak ada minuman herba dan soya tu, memang waktu yang tepatlah. Kalau nak tahu, minuman herba dan soya di Mala Mala ini adalah buatan sendiri. Tiada bahan pengawet tau.

Bagi mereka yang sukakan soya, pasti puas hati dengan air soya di Mala Mala. Bila minum, rasa air soya dia tu lain daripada yang lain. Maklumlah berpuasa di siang hari. Sedap sangatlah. Tekak pun rasa segar saja. Rasa nak ambil lebih untuk bawa balik ke rumah. Slurp!

Jangan lupa cuba aiskrim susu soya mereka sebelum balik

Sudah habis makan? Eh, jangan balik dulu! Anda patut cuba aiskrim susu soya di Mala Mala. Untuk pengetahuan anda, setiap pelanggan di Mala Mala boleh makan aiskrim susu soya ini secara PERCUMA saja. Jadi, agak rugi kalau tidak mencubanya!

Kami juga tidak melepaskan peluang untuk cuba aiskrim ni. Rupanya boleh layan diri dengan menggunakan mesin aiskrim yang mereka sediakan. Kalau tidak pandai, boleh minta tolong staf mereka. Paling best, lemak berkrim. Tak boleh tolak langsung.

Cawangan Mala Mala bukan berada di IOI Mall Putrajaya saja tau. Jika anda duduk di sekitar KL, bolehlah datang ke Mala Mala di Melawati Mall ya. Beritahu keluarga dan kawan-kawan, ada satu restoran baru yang patut mereka cuba. Pasti mereka tak sabar mahu cuba sendiri nanti. Yay!

Mahu info lebih lanjut tentang Mala Mala? Klik sini untuk ikuti perkembangan terkini mereka di Facebook Page Mala Mala. Jangan lupa like dan follow. Sudah cuba nanti, boleh berikan feedback anda di situ ya.

Kami macam mahu repeat makan di Mala Mala lepas bulan puasa nanti. Anda bagaimana? Kena cuba sendiri, baru tahu sedapnya macam mana. Sangat recommended. Nyum nyum.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×