Selari dengan zaman di mana perkembangan teknologi semakin pesat, tidak ketinggalan dalam urusan berniaga juga menggunakan sistem serba canggih. Malah, setiap kali pelanggan nak order makanan atau bayaran apa pun, tidak perlu membawa wang tunai serta boleh dipesan secara dalam talian.
Oleh itu, buat anda yang baru sahaja ‘terjun’ ke dalam dunia perniagaan dan ingin membuka kedai fizikal, pastikan selit 4 elemen kemudahan buat pelanggan ini. Bila mudah dan selesa, pelanggan akan sokong 100%!
Baca juga: 7 Senarai Kerja Part Time Untuk Lepasan SPM, Kerja Nombor 3 Paling Glamour & Laku Sekarang!
PENIAGA ADA KEDAI FIZIKAL KENA BUAT 4 TIPS PELANGGAN MUDAH ORDER MAKANAN
Tips untuk mereka yang ada kedai fizikal. Kedai kopi, kedai makan atau lain-lain perniagaan, ini data dari kedai isteri saya; 60% customer kami setiap hari order melalui WhatsApp dan datang pick up. Setiap hari macam ini tau. Sampai kedai nampak macam tak ada orang tapi makanan habis!
Walaupun kami ada guna delivery app, tapi pick up order lagi tinggi. Mungkin sebab harga tak ada cas lain dan pelanggan lebih memilih untuk datang terus pick up. Tak perlu menunggu. Personally pun saya prefer macam tu tapi sayangnya tak banyak kedai makan terutamanya di negeri tertentu buat benda ni.
Benda ni just untuk KESELESAAN dan sangat mudah untuk sesetengah golongan. Biasanya golongan bekerja dan berkeluarga kerana mereka pun yang paling tinggi buying power. Jadi apa yang anda kena buat, buat sahaja kerana kos pun tak tinggi:
#1: Link Whatsapp
Letak link Whatsaspp telefon kedai anda pada setiap posting dan platform semasa promosi kedai
– Konsisten letak
– Guna semua free platform (Fb, Tiktok, IG)
#2:Google Business
– Setup Google Business Profile
– Penting untuk orang yang cari kedai lokal
– Biasanya untuk target pengembara dan keluarga yang menginap di homestay berdekatan
#3: Sediakan resit
– Ramai yang tak buat, tapi sediakan resit untuk semua customer datang
– Di resit ADA NOMBOR TELEFON
– Customer kalau suka, mereka repeat melalui cara ni
– Resit dah jadi 1 cara untuk remarketing perniagaan ibarat bagi flyers
– Whatsapp masuk = database
– Orang berniaga nak kedai yang ada resit supaya mereka senang claim dengan bos atau untuk tax deduction.
#4: QR Code
-Subscribe je yang mesin Touch & Go tu RM10 je sebulan. Mesin detect duit masuk tu
-Order whatsapp + bayar QR = mudah dan selesa
Nombor 3 tu ramai orang tak buat sebab ingat mahal kos nak setup POS system yang ada resit tu. Yang basic punya. Dalam RM600-800 dah boleh buat. Boleh juga setup dengan kos RM100+ je kalau tanpa cash drawer. Hanya guna telefon dan gabung dengan portable bluetooth printer. Aplikasi pun percuma je.
*Bila mudah dan selesa, pelanggan pun akan suka!
Baca juga: 39 Kerjaya WORK FROM HOME Lelaki Boleh Buat, Tak Keluar Rumah Pun Boleh Tolong Isteri!
Sumber: Tengku Adzim