Bercakap mengenai gangguan seksual, kelompok yang sering menjadi tumpuan adalah dalam kalangan wanita. Terutama sekali apabila berada di tempat kerja, gangguan ini boleh berlaku antara rakan sekerja. Contoh gangguan seksual yang boleh berlaku adalah rakan lelaki sering memuji bentuk badan rakan wanita.
Jadi, selain membuat laporan kepada pihak atasan di pejabat, terdapat beberapa cara lain untuk anda buat laporan apabila berhadapan dengan gangguan seksual di bawah.
Baca juga: Naik 15%, Ini Simulasi Fasa 1 & 2 Kenaikan Gaji Penjawat Awam Bermula Disember Nanti
CONTOH GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA, BOLEH REPORT!
Di Malaysia, tiada status yang khusus berhubung dengan undang-undang dan kawalan terhadap gangguan seksual di tempat kerja. Bagaimanapun pada 2012, pindaan kepada Akta Kerja 1955 telah dibuat untuk memasukkan beberapa peruntukan berhubung dengan undang-undang gangguan seksual di tempat kerja.
Manakala Kod Amalan 1999 yang sedia ada bukanlah undang-undang. Malah, Kod Amalan 1999 tidak memperuntukkan bentuk hukuman yang hendak dikuatkuasakan keatas pelaku.
1.Lisan
Penggunaan bahasa lucah melalui perbualan, bercerita, berjenaka, membuatbunyi-bunyian, memberi kritikan, komen, pujian atau mengajukan soalan secara seksual ke atas penampilan, pakaian, tingkah laku, tubuh badan atau aktiviti seksual.
2.Isyarat
Sikap atau perlakuan yang memberi maksud atau gambaran keinginan yang berunsurkan seksual seperti menjeling, menggoda, merenung, mengintai, menjilat bibir atau menggunakan bahasa isyarat lain.
3.Fizikal (Sentuhan)
Mendekati orang lain dalam jarak yang terlalu dekat sehingga orang tersebut berasa kurang selesa, memegang, memeluk, menepuk, menggosok, mencubit, mencium, menjilat, atau meraba.
4.Psikologi
Perbuatan cuba merapati secara seksual, mendorong, mendesak, mengugut atau memujuk rayu bagi memenuhi keinginan seksual.
5.Visual (Online)
Menghantar nota, surat, mel elektronik (e-mel), short messaging system (sms), multimedia messaging system (mms), gambar (foto), poster, objek atau bahan bacaan yang berunsur seksual yang diedarkan menerusi media elektronik, blog, vlog atau platfom media sosial seperti facebook, WhatsApp, twitter atau apa-apa aplikasi.
BOLEH BUAT LAPORAN
Sekiranya anda merupakan mangsa gangguan seksual di tempat kerja atau anda mempunyai kenalan yang merupakan mangsa, anda boleh melaporkan salah laku jenayah ini dengan membuat laporan seperti berikut:
a. Mengemukakan Aduan
-Unit Integriti (UI) Jabatan tempat bertugas; atau
-Membuat laporan polis; atau
-Sekiranya tidak pasti sama ada ia adalah gangguan seksual, boleh menghubungi Pegawai Psikologi/Kaunselor Organisasi/UI, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) atau agensi-agensi yang mengendalikan isu-isu gangguan seksual untuk
khidmat nasihat selanjutnya.
b. Mengumpulkan Bukti
-Membuat catatan atau merekod kejadian (tarikh, tempat, masa dan sebagainya);
-Menyimpan apa-apa nota, surat, emel elektronik (e-mel), sms, mms, gambar, poster,
-Objek atau bahan bacaan atau visual yang berunsur seksual yang telah diedarkan menerusi media elektronik, blog, vlog, atau platfom media sosial seperti WhatsApp, Twitter atau apa-apa aplikasi.
-Memaklumkan kejadian kepada pihak ketiga, sekiranya perlu mengenal pasti orang lain yang melihat kejadian yang berlaku atau orang pertama yang diceritakan oleh pengadu agar orang berkenaan boleh diminta untuk memberi keterangan apabila diperlukan.
*Kalau lambat sangat nak report, tendang dulu di bahagian sulit lelaki tersebut khusus untuk para wanita!
Baca juga: Cara Jawab 3 ‘Soalan Maut’ Ini Dalam Bahasa Inggeris Ketika Temu Duga Kerja, Mesti Lulus!
Sumber: Jabatan Perkhidmatan Awam