Baru-baru ini, tular satu kisah misteri dari seorang pelanggan yang tidak dia sangkakan pernah berlaku kepada orang lain, kini dialaminya sendiri.
Peristiwa itu berlaku sewaktu dia sedang mencari sebuah kedai makan yang ingin disinggah bersama ahli keluarga, alangkah terkejutnya dia kerana kedai tersebut tidak kelihatan di matanya.
Baca juga: Fu Ceen Tunai Nazar Umum Masuk Islam, Lepas Menang Emas Di SUKMA Sarawak 2024!
KISAH MISTERI PELANGGAN TAK NAMPAK KEDAI MAKAN DI DEPAN MATA
Menurut pencerita akaun Facebook Afzal Sukasuki II, biarpun aplikasi navigasi telah menunjukkan dia sudah sampai ke destinasi yang dituju. Dia percaya kedai makan tersebut memang ada, namun ia seakan tidak wujud langsung.
Nak tahu bagaimana pengakhirannya? Ikuti kisah lanjut di bawah!
Baca juga: Kes Jenayah Makin Merisaukan, Amalkan 6 Doa Ini Masa Keluar Sendirian!
Kedai depan mata tapi kami tak nampak
Aku lihat balik pada aplikasi Waze. Kalau nak diikutkan kami dah sampai ke destinasi tujuan tapi mana kedainya?
Itu yang baru berlaku kepada kami. Biasanya aku dengar cerita orang sahaja. Tak sangka pula kali ini kami laluinya sendiri.
Bukan aku sorang sahaja, malah anak isteri dan mak abah aku yang berada sekali dalam kereta pun turut melilau mata mencari lokasi kedai yang nak kami singgah.
Tiada bayang kedai makan di sekeliling kami. Hanya ada kedai runcit Acheh sahaja di sebelah kanan aku.
Mungkin lokasi yang di pin itu ada ralat dari segi jarak. Jadi, aku bergerak sedikit ke hadapan sehingga 100 meter jaraknya dari tempat asal lokasi yang ditunjukkan pada waze.
Tapi masih tiada tanda-tanda kewujudan kedai makan yang kami cari, waima kiri mahupun kanan jalan.
Baca juga: Baca Doa Ini Bila Singgah Sekejap Mana-Mana Tempat, Nescaya Selamat!
Baca juga: Turutan Solat & Zikir Seharian Untuk Rezeki Tak Putus, Hidup Lebih Bahagia!
Aku ambil keputusan untuk call owner kedai makan. Panggilan aku dijawab.
“Belakang dik. Patah balik. Nampak akak tak?”
Mula-mula aku tak nampak kelibat sesiapa tetapi setelah beberapa saat baru kelihatan jelas seorang wanita melambai-lambai tangannya 100 meter di belakang melalui cermin sisi kereta.
Aku pusingkan kenderaan dan menghampiri akak tersebut. Kami terkejut kerana akak tu berada di tempat kami berhenti 10 minit tadi.
Lagi mengejutkan kedai makan akak tu betul-betul di sebelah kedai runcit Acheh yang aku maksudkan tadi. Sekarang aku betul-betul berada di tempat yang sama kami berhenti tadi. Customer ramai, kenderaan pun banyak tapi kenapa kami tak nampak?
Akak tu tahu apa yang aku lalui dan itu bukan kali pertama. Banyak kali pelanggan-pelanggannya merungut tak jumpa kedai, datang-datang kedai tutup dan banyak lagi kejadian lain.
Kedai makan akak ini sedap, menu-menu dia pun unik tapi sayang ada yang tak kena dengan perniagaannya. Aku harap akak ini kuat bertahan, dipelihara daripada sebarang musibah dan ditunjukkan jalan keluar bagi setiap masalah.
UPDATE: Aku baru dapat izin daripada owner untuk reveal kedai dia. The Rara, Sijangkang.
Baca juga: HARAM Lelaki Lain Pinang Wanita Dalam Iddah, Ibarat Ajak Isteri Orang Nikah!
Sumber: Afzal Sukasuki II (Botak Makan)
FT Image: Afzal Sukasuki II / The Rara