Nur

Membuak Benci Tak Boleh Lihat Wajah Pasangan, Amalkan Surah Ini Ikhtiar Sihir Pemisah!

21
SHARES
sihir pemisah

Sihir pemisah merupakan perbuatan syirik yang bertujuan untuk memisahkan di antara pasangan suami dan isteri. Walaupun mungkin digunakan atas alasan-alasan yang lain, tetapi fokus utama sihir ini ialah memisahkan suami isteri. Bila mana tandanya, timbul perasaan benci tidak boleh melihat wajah pasangan secara berhadapan, tapi bila jauh terasa rindu.

Sekiranya dalam rumah tangga anda sedang mengalami situasi getir ini, cuba ikhtiar dan beramal dengan membaca Surah al-Hijr ayat 47 dan meletakkan tangan pada mata. Sesungguhnya Allah SWT Yang Maha Menyembuhkan. Semoga dengan cara ini dapat menjernihkan kembali hubungan anda suami isteri.

Baca juga: Ketahui 8 Tempat Dalam Rumah Jadi Tumpuan JIN, Walaupun Ada Orang Jangan Buat Perkara Ini!

SIHIR PEMISAH

sihir pemisah

Gambar: Norazri Medzlan

Sejak akhir-akhir ini banyak kes masalah rumah tangga. Perasaan benci melihat pasangan masing-masing. Bila jauh terasa rindu, tapi bila berhadapan masing-masing tak boleh lihat wajah.

Bagi anda yang mempunyai masalah tersebut cuba:

  • Letak tangan dekat mata dan baca ayat seperti di bawah sebanyak 7x

atau

  • Boleh dibaca pada segelas air dan di buat basuh muka

Insya Allah jika rumah tangga anda terkena sihir pemisah dengan izin Allah akan pulih, insya Allah. Semoga memberi manfaat kepada semua. Selamat beramal.

Baca juga: Tiang Rumah Tangga Boleh Retak, Bila Suami Lepas Pandang 9 Nafkah Batin Isteri!

وَنَزَعْنَا مَا فِى صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ إِخْوَٰنًا عَلَىٰ سُرُرٍۢ مُّتَقَـٰبِلِينَ

Wa naza’naa ma fee sudoorihim min ghillin ikhwaanan ‘alaa sururim mutaqaabileen

Ertinya:

Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. (Surah al-Hijr ayat 47)

Ilmu ini milik Allah SWT. Saya hanya berusaha dan saya izinkan untuk tuan puan kongsi dan beramal. Semoga memberi manfaat kepada kita semua. Jaga i’tiqad kita. Kebergantungan kita hanya pada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Yang Maha Menyembuhkan. Insha Allah.

Baca juga: Cara Mudah Kesan Makhluk Halus Tinggal Dalam Perut, Patutlah Asyik Kembung Je!

Sumber: Norazri Medzlan

FT Image: Remix / NickFewings

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×