Nur

Remuk Hati Isteri Bila Suami Cepat Naik Tangan, Suami ‘Baran’ Amalkan Selawat Ini Jika Rasa Nak Marah!

12
SHARES
suami baran

Sewaktu bercinta, semua indah berlaka. Apabila masuk fasa perkahwinan sahaja, segala perangai yang tidak pernah ditunjukkan mula menampakkan belangnya. Ini termasuklah sikap suami baran yang terselindung di sebalik wajahnya selama ini.

Sekiranya sikap baran tidak mampu dikawal dan dilontarkan secara membabi buta, ia mampu menjadi barah dalam rumah tangga yang dibina. Justeru itu, ikuti panduan amalan yang dikongsikan oleh Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah untuk suami bersikap baran dan tips buat isteri tangani perangai suami yang satu ini.

Baca juga: “Amboi! Kahwin Lagi Nak, Tapi Nafkah Anak…” 5 Jenis Nafkah Anak Bapa Sering Culas Lepas Bercerai @ Kahwin Baru!

TIPS POWER BUAT ISTERI TANGANI PERANGAI BARAN SUAMI

suami baran

Gambar hiasan: Google.

Dia bukan taat dan hormat, tetapi dia lebih kepada takut. Itulah nasib para isteri yang dapat suami panas baran, bengis dan ego yang meninggi. Isteri sampai takut nak luahkan apa-apa. Apatah lagi nak menegur. Maka selamanya isteri membisu, menelan segala pahit dalam rumah tangga.

Isteri terlalu takut kerana sebutir luahan, boleh menyebabkan pertengkaran. Malahan kesannya bukan sampai ke hati sahaja, tetapi mental dan fizikal isteri. Jenis suami begini, selalunya dia rasa dia betul, tidak suka dipersalahkan dan egonya tercalar hebat. Maruahnya jatuh kerana acapkali rasa terhina.

TIPS TANGANI SUAMI BARAN BUAT ISTERI

Buat para isteri yang tersepit dengan suami yang begini, ini tips power untuk kalian gunakan:

1. NAK TEGUR SESUATU KESALAHAN, SANDARKAN KEPADA ORANG YANG ARIF DALAM BIDANGNYA

Nak tegur sesuatu kesalahan, sandarkan kepada beberapa orang yang lebih arif dalam sesuatu bidang.

Sebelum: “Abang tolonglah saya kemas rumah ni, asyik menghadap handphone je.”

Selepas: “Abang, itu hari ayang ada baca satu kajian/sharing Prof. ABCD ni, kalau rumah bersih dan kemas, ia akan beri kesan positif pada isi keluarga. Jom bang, kita bersihkan sama-sama belakang rumah ni.”

suami baran

Gambar hiasan: Google.

2. AJAK SUAMI SOLAT & MENGAJI SAMA-SAMA

Seusai solat dan beribadah, bila kedua-dua dalam keadaan tenang, baru zahirkan apa yang terbuku.

3. BAWA SUAMI BERJUMPA DENGAN ORANG YANG DIA HORMATI

Sebaiknya orang yang bukan dari ahli keluarga. Lebih baik orang luar. Ajak berjumpa, berbincang santai dan minta pandangan. Catat dan pastikan praktiskan segala saranan itu dalam rumahtangga.

Para isteri,

Memang hal ini berisiko kerana Tok Abah selalu terima kes-kes yang sehingga kepada penderaan fizikal kepada isteri. Memang menakutkan. Nauzubillah.

Sandarkan segala-galanya kepada Allah SWT agar Dia melindungi dan menjaga diri kalian serta keharmonian rumah tangga kalian ya.

SUAMI BARAN BOLEH AMALKAN SELAWAT IBRAHIMIYAH

Sementara itu, di perkongsian lain pula, terdapat beberapa tindakan yang boleh dilakukan oleh suami bersikap baran untuk mengawal nafsu amarah tersebut. Ini termasuklah, menjadikan Selawat Ibrahimiyah sebagai amalan bacaan.

Soalan: Tok Abah, suami saya panas baran dan suka memukul. Doa apa yang perlu suami saya amalkan.

Jawapan: Panas baran sememangnya barah dalam rumah tangga. Jika sifat ini ada dalam diri kita, ia tanda kita lemah akal dan iman.

Maka perlu kita perkasakan diri, meningkatkan ilmu dan amal supaya hal ini boleh di atasi.

  1. Apabila hati mula terasa panas, cepat-cepat capai air masak.
  2. Minum 3-5 gelas untuk redakan amarah secara fizikal.
  3. Berlatih untuk tahan amarah dan beristigfar sekurang-kurangnya 11 kali.
  4. Kemudian amalkan Selawat Ibrahimiyah ini selalu.
suami baran

Gambar: Selawat Ibrahimiyah.

Tok Abah berikan maksud bacaan selawat ini ya:

1. Ya Allah, berilah rahmat kepada Penghulu kami Nabi Muhammad dan keluarga Sayidina Muhammad.

2. Sebagaimana Engkau merahmati Sayidina Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Berkatilah penghulu kami Sayidina Nabi Muhammad dan keluarga Penghulu kami Sayidina Muhammad.

3. Sebagaimana Engkau memberkati Sayidinia Nabi Ibrahim dan keluarga Sayidina Nabi Ibrahim. Di alam semesta ini, Engkau sahajalah Yang Paling Terpuji dan Yang Paling Mulia.

Anak cucu Tok Abah,

Api kemarahan adalah sifat syaitan. Ia amat menyukai dan suka menyemarakkan lagi rasa marah dan panas dalam diri. Kena cek amalan seharian kita dan sebaiknya, pastikanlah diri kita dalam keadaan berwudhu’ selalu.

Sekiranya masalah rumah tangga berlarutan dan semakin parah, hubungilah pihak berkuasa dan agensi yang berautoriti sebelum ia melarat dan teruk.

Sumber: Facebook Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×